ISU SEMASA

Saturday, September 15, 2012

Majlis Ramah Tamah 1Malaysia 2012


Majlis Ramah Tamah 1Malaysia

                                  

Pada 15.9.2012, Pejabat Pelajaran Daerah Serian dan seluruh warga pendidik di Daerah Serian telah mengadakan Majlis Ramah Tamah 1Malaysia di Pengkarangan Tempat letak kereta dan SK Serian.  36 buah gerai telah didirikan merangkumi  6 buah sekolah menengah dan gabungan gerai sekolah rendah.  Majlis dirasmikan oleh YB Datuk Richard Riot anak Jaem ahli parlimen Serian dan juga Timbalan Menteri Luar Negeri Malaysia.

Gambar foto sepanjang Majlis dijalankan 

Gerai SMK Tebakang dengan berkonsepkan 1Malaysia mengabung empat elemen iaitu Perayaan Tahun Baru Cina(kuih bulan), Gawai Dayak, Hari Raya Aidilfitri dan Sambutan Hari Malaysia. Tema yang dipilih ialah "3 Rasa 1 Jiwa" membolehkan panel pertandingan gerai memilih Gerai ini menjadi Naib Johan. 

Gerai-gerai dari sekolah-sekolah lain

Cuaca yang panas pada awalnya tidak menghalang gerai-gerai membuat persiapan mencantikkan gerai masi9ng-masing konsep masing-masing dengan keindahan budaya berwarna-warni dan juadah yang enak-enak. 

Gerai Sk Balai Ringin menampilkan kelainan dengan membawa dan memainkan  alat muzik tradisonal bergendang dan pukulan gong memeriahkan suasana Majlis Ramah Tamah 1Malaysia


Tetamu kehormat/jemputan dari kiri Wakil Pegawai Daerah Serian, Tuan PPD Serian Tuan Haji Abg Mat Ali Bin Abg  Masagus,  YB Datuk Richard Riot Anak Jaem, Timbalan Menteri Luar Negeri Malaysia, Timbalan PPD Serian, En Nelon


Juadah enak yang disajikan untuk pengunjung yang datang ke Gerai SMK Tebakang. Menu istimewa, Ikan baung Masak tempoyak, Sayur Campur dan rebung masak lemak. Rendang daging, Lemang, Ayam masak ginseng

Kunjungan Yang Berhotmat Datuk Richard Riot dan menandatangi buku pelawat

Pegawai Pelajaran Daerah Serian, Tuan Haji Abg Mat Ali Bin Abg Masagus

Cikgu Madalene Usop dari SMK Tebakang dinobatkan sebagai pemenang  Pakaian Kebangsaan /Tradisional dengan hadiah yang agak lumayan iaitu Penerbangan pergi balik Kuching-Kuala Lumpur-Kuching dan penginapan 3 hari 2 malam di Hotel Kuala Lumpur.

Naib Johan Pertandingan Gerai Ramah Tamah 1Malaysia , SMK Tebakang

Bergambar kenangan bersama dengan Sijil dan Trofi kemenangan

Barisan guru yang terdiri dari wakil kaum yang berlainan Melayu, Bidayuh, Iban, dan Cina



Walaubagaimanapun kemeriahan sambutan agak terganggu apabila hujan turun dengan lebat pada pukul 3.30pm. Tapi, ini tidak menghalang para pengunjung kekal berada di lokasi untuk menjayakan program yang telah dirancang.

Hujan lebat menggangu sedikit kelancaran majlis.

Suasana sepanjang majlis berjalan.