ISU SEMASA

Friday, December 7, 2012

Rachan Waterfall Serian

Mencari tempat untuk bersantai dan mandi manda. Datanglah ke Air Terjun Ranchan yang terletak di Serian kira-kira 60km dari Kuching. Terletak lebih kurang 3 km dari bandar Serian menuju ke Jalan Serian-Sri Aman disebelah kanan. Air yang sejuk dan sangat menyegarkan....Berikut beberapa gambar foto keindahan air terjun Ranchan....













Thursday, December 6, 2012

Sinar Serapi Eco Theme Park Resort...

Masih mencari tempat untuk membawa anak-anak bercuti musim cuti sekolah ini? Pergilah ke Sinar Serapi Eco Theme Park yang terletak di Matang, 15 km dari Kuching Sarawak. Merupakan Taman Tema Air yang pertama di Sarawak yang menyediakan kemudahan untuk aktiviti rekreasi, permainan, dan homestay. Maklumat lanjut boleh layari laman web ini ;

Sinar Serapi Eco Theme Park Resort,

Tiket masuk adalah RM10.00 dan anak-anak dibawah 2 tahun adalah percuma.


Wednesday, December 5, 2012

Christmas Fever......N.....New Year 2013

CHRISTMAS AND NEW YEAR 2013..............

Sudah masuk bulan Disember dan bermaksud sudah sampai ke bulan penghujung untuk tahun 2012. Bila dah sampai Disember, ia sudah sinonim dengan Sambutan Tahun Baru dan Perayaan Kristmas. Jika anda berkunjung komplek membeli belah ia sudah dihiasi dengan pokok-pokok kristmas dan pekerja-pekerjanya sudah menggunakan pakaian Santa Claus. Jualan murah dan diskaun dengan potongan istimewa telah dibuat oleh gedung membeli belah . Berikut adalah beberapa gambar foto yang sempat dirakam untuk dikongsikan kepada pembaca.

SELAMAT KRISTMAS DAN TAHUN BARU 2013

Ho ho ho...............................


Perhiasan Kristmas di The Spring Shopping Mall Kuching pada Tahun 2011

Perhiasan Kristmas di Giant Hypermall Kota Padawan

Perhiasan Kristmas dan Tahun Baru di Merdeka Plaza, Kuching yang baru di buka pada 29 November 2012. Shopping Mall yang terbaru di bandaraya Kuching

Perhiasan Sambutan Kristmas di Boulevard Shopping Complex, Kuching.....
Pokok Kristmas setinggi 46 kaki yang dihiasi dengan 60,000 lampu LED yang terdapat di The Spring, Kuching. 

Tema Kristmas di The Spring Mall, Kuching membawa ke Replika Seni reka bangunan Inggeris lama beserta dengan Kereta Kuda