Pilihanraya DUN Sarawak 2011 baru seminggu melabuhkan tirainya dan sekali lg rakyat Sarawak telah memberi mandat kepada Barisan Nasional(BN) untuk menerajui tampuk kepimpinan untuk satu penggal lagi (5 Tahun ). Keputusan keseluruhan : BN - 55 kerusi, PKR - 3 Kerusi, DAP - 12, BEBAS - 1 Kerusi.
Senario politik di Sarawak sekarang telah mengalami satu tranformasi dan perubahan di mana kalau kita perhatikan kerusi yang majoriti masyarakat Cina telah di menangi oleh DAP dan BN masih menjadi pilihan utama untuk penduduk yang majoritinya bumiputera dan tinggal d kawasan luar bandar dan pendalaman. Ini adalah disebabkan oleh rakyat masih berfikiran hanya BN saja yang boleh membawa banyak pembangunan untuk mereka dan masih lagi kurang yakin dengan kemampuan pihak pembangkang untuk membawa perubahan kepada rakyat Sarawak.
Pilihanraya kali ini adalah yang paling hebat, paling meriah dengan perang poster dan yang paling hangat dengan isu isu untuk memancing pengundi. Banyak isu yang digunakan untuk menarik perhatian pengundi contohnya isu tanah, isu kepimpinan sedia ada dan isu agama menjadi isu hangat yang diperkatakan dan diperdebatkan oleh parti pembangkang manakala BN pula memperjuangkan kemampanan dan keterusan pembangunan dan program program pembangunan yang dirancang untuk rakyat sarawak.
Apapun, keputusan sudah kita ketahui. Saya berharap apa yanng telah dijanjikan semasa pilihanraya dikotakan dan bukannya satu taktik untuk menarik pengundi. Bukannya sudah menang, janji tinggal janji...jika tidak angin perubahan politik di Sarawak akan bertiup makin kencang dan satu kejutan bakal berlaku untuk pilihanraya parlimen 2-3 tahun akan dtg. Bersamalah kita berdoa semoga negeri kita Sarawak akan kian maju dan hak-hak sepatutnya yang termaktub untuk rakyat sarawak dikembalikan atau dikekalkan.
"Sarawak maju dalam Malaysia"
No comments:
Post a Comment