ISU SEMASA

Saturday, September 3, 2011

Durian Oh Durian.....




Musim durian sudah dtg...wah...kat mana-mana skrg kita melihat org akan menjual durian....tapi harga masih boleh tahan lg mahal......masih jual pakai biji...kalau dah byk nanti pakai borong...dan harga akan turun dgn byk...

Kelebihan dan manafaat makan durian.....

KEBAIKAN BUAH DURIAN

I) Ia dikatakan dapat menurunkan kadar kolesterol dan membersihkan darah. Ada kajian mendapati durian dapat mengelakkan jangkitan kulat. Ini kerana kandungan zat besi yang tinggi membantu sel darah putih menghasilkan kimia semulajadi membunuh jangkitan.

ii) Durian juga mengandungi asid amino dan vitamin B, C dan E dan ia tinggi kandungan anti-oksidan. Anti-oksidan membantu memperlahankan kemusnahan sel-sel kesan dari radikal bebas seperti pencemaran udara dan asap rokok. Dengan cara ini, ia mengurangkan proses penuaan membuatkan kita awet muda. Ia juga baik dimakan ketika demam.

iii)Tryptophan adalah antara bahan yang didapati di dalam asid amino di dalam durian. Tryptophan adalah keperluan bagi mengawal tahap serotonin dalam tubuh. Serotonin adalah hormon yang memberikan ketenangan dan keceriaan serta penawar insomnia. Mereka yang kurang serotonin selalunya tidak dapat mengawal emosi, sering marah dan menghadapi tekanan perasaan.

sumber :
http://varietyofhumans.blogspot.com/2011/03/kebaikan-buah-durian.html

So, makanlah buah durian banyak-banyak....tapi saya masalah durian nie bau dia kuat sangat...kalau simpan kat bonet kereta bau dia melekat...jadi utk menghilangkan bau durian ini dari kereta...senang jer...ambil daun pandan dan simpan dlm kereta...gerenti..bau akan hilang....selamat mencuba.!!!

No comments:

Post a Comment