ISU SEMASA

Monday, December 2, 2013

Outing n Welcome month of disember 2013

Selamat datang bulan Disember dan selamat tinggal bulan November. Bulan Disember menandakan kita sudah berada di bulan terakhir tahun 2013 dan penghujung tahun 2013. Apa yang menarik berlaku bulan ini adalah pada penghujungnya ialah Sambutan Hari Kristmas dan Tahun Baru 2014. Bulan 12 ini kita boleh gunakan untuk merenung pencapaian kita sepanjang tahun 2013 dan menanam azam baru dan membaiki apa kelemahan kita sepanjang tahun 2013.



Saturday, November 16, 2013

Saturday, August 17, 2013

Jong Crocodile Farm and Zoo

16/8/2013(Jumaat) -  Destinasi seterusnya untuk hari ini adalah mengunjungi Jong Crocodile Farm. Terletak di Siburan iaitu batu 17 Jalan Kuching-Serian. Cuaca mendung dan tidak panas pada petang apabila kami sampai pada pukul 2.30 petang. Masa yang sesuai kerana pada pukul 3.00 ptg akan ada pertunjukkan memberi buaya makan. Tiket masuk adalah  RM10.00 untuk orang dewasa dan RM5.00 untuk kanak-kanak.


Selain daripada buaya, terdapat juga binatang lain yang terdapat di sini seperti burung merak, biawak, rusa, beruang, memerang, kura-kura, biawak, landak dan monyet dan ikan Araipaima.


Acara kemuncak adalah pertunjukkan memberi makan kepada buaya.  Daging akan diikat pada tali dan digantung atas air dan buaya-buaya ini akan melompat menangkap makanan yang disediakan.

Friday, August 16, 2013

Matang Family Park

15/8/2013(Khamis), Matang -  Cuti sekolah sekali lagi digunakan untuk membawa keluarga bersantai. Destinasi seterusnya kali ini adalah ke Matang Family Park yang terletak di Matang. Sungguh menyegarkan bila mandi manda di sini. Sedikit info tentang tempat rekreasi ini bagi mereka yang belum pernah dan bercadang ke tempat ini.




Matang Family Park terletak di kaki gunung serapi kira-kira 22km sebelah barat bandaraya Kuching. Meliputi kawasan seluas 7 ekar ia menyediakan tempat untuk aktiviti keluarga seperti picnic, mandi manda dan BBQ.  Air yang sejuk sangat menyegarkan untuk aktiviti mandi manda. Kemudahan tempat BBQ,  Tandas dan tempat bertukar pakaian,  Ruang yang luas untuk berkumpul (gathering). Tiket masuk adalah RM3.00 untuk orang dewasa dan RM1.00 untuk kanak-kanak atas umur 6 tahun. 
  




Hanya satu aspek yang perlu perhatian adalah dari segi penyelenggaran kawasan ini nampaknya kurang dititikberatkan kerana nampak tidak dijaga dengan sempurna.

Wednesday, August 14, 2013

Semenggoh wildlife centre



Pada 13/8/2013(Rabu) - Saya dan keluarga berkunjung ke Pusat Hidupan Liar Semenggok(Semenggok Wildlife Centre) yang terletak di Kota Padawan lebih kurang 12 batu di sebelah tenggara Kuching adalah tempat Pusat Pemuliharan Hidupan Liar untuk Orang Utan. Dengan bayaran masuk RM5.00 orang orang dewasa dan  percuma untuk kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Masa yang sesuai untuk melihat orang hutan di sini adalah pada pukul 9 am dan 3 pm setiap hari kerana pada masa ini mereka akan di beri makan oleh Ranger Taman. Selain dari itu anda boleh juga melihat keindahan hutan dan mempelajari tentang spesies tumbuhan yang terlindung. Berikut kenangan yang dirakam sepanjng kunjungan tersebut.


Orang Utan yang sempat dirakam semasa diberi makanan oleh warden hutan. Kelihatan seekor orang-tan dengan anak yang yang kecil.

Bergambar kenangan di sekitar Pusat Perlindungan

Keindahan hutan hujan Tropika.

Pemandangan sekitar pusat hidupan liar semenggok

Tuesday, August 6, 2013

Program 10,000 Langkah Berjalan Kaki SMK Tebakang 2013


Pd  31 Julai 2013, SMK Tebakang telah berjaya menjalankan program berjalan kaki 10,000 Langkah 1Murid1Sukan. Melibatkan semua murid Tingkatan 1 hingga 5, guru dan staf bermula pukul 8.00 hingga pukul 9.00am di sekitar kawasan sekolah meliputi jarak dan jauh 3 km. Program berjalan kaki 10,000 langkah tersebut dilepaskan oleh Tuan Pengetua, En Carter Ballang Kapong. 

Objektif utama program itu membentuk masyarakat Malaysia agar lebih prihatin tentang penjagaan kesihatan dari peringkat asas. Selain itu, menjadikan aktiviti berjalan kaki 10,000 langkah sehari sebagai budaya harian setiap individu di Malaysia dalam membangunkan masyarakat yang sihat.










Sambil berjalan, dapat juga melihat keindahan dan kehijauan sekitar kawasan sekolah.

Jom Pergi Fund Fair

Cuti sekolah dah mula. Jadi, biasanya anak-anak cukup gembira kerana boleh bercuti ke pantai ke, melancong kah atau pergi berkunjung ke Taman Hiburan. Baru-baru ini, saya sempat berkunjung ke Fund Fair kat Siburan. Setiap hujung minggu selalu ulang-alik dari Serian ke Kuching dan melihat fundfair ini tetapi tiada kesempatan untuk singgah. Jadi, cuti ini peluang sesuai untuk berhibur walaupun tidak sehebat Taman Tema contohnya Genting Highland tetapi memadailah untuk berhibur sesama keluarga tertutamanya anak-anak. Berikut beberapa gambar yang sempat ditangkap semasa kunjungan tersebut.
Mini Roller Coster. Haha...boleh tahan juga walaupun landasan dia pendek

Haunted house atau rumah hantu.



Dulang berpusing....macam rasa naik piring terbang jer rasanya...

Istana gelongsor. Untuk anak-anak seronok mereka. Bayar RM4 .00 ( 2 Token. 1 Token = RM2.00). Tapi Gelongsor 3 kali, penjaga dia kata sudah selesai.


UK Fundfair, Siburan bersebelahan dengan Eastern Mall

Tiket Masuk RM2.00. Kanak-kanak umur 3 tahun percuma.



Sunday, July 14, 2013

The Summer Shopping Mall, Kota Samarahan

The Summer Shopping Mall adalah merupakan gedung membeli belah yang pertama di dirikan di Kota Samarahan. Terletak lebih kurang 30 minit perjalanan dari Kuching, ia menyediakan tempat membeli belah sekitar pertumbuhan pesat pembangunan sekitar Kota Samarahan yang kini berperanan sebagai bandar ilmu yang melempatkan banyak institut pengajian tinggi seperti UNIMAS, UITM, IPG, ILP.














Saturday, July 13, 2013

SMK TEBAKANG REUNION DINNER 2013

Pada 30 Jun 2013, satu detik bersejarah telah tercipta apabila buat pertama kalinya Persatuan Alumni SMK Tebakang telah menganjurkan Reunion Dinner untuk semua bekas-bekas pengetua, guru, staf dan pelajar SMK Tebakang bertempat di Dewan SMK Tebakang. Reunion dinner itu telah dirasmikan oleh  Adun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili YB Dr Johnnical Rayong Ngipa. Beliau pernah menjdi guru dan mengajar di SMK Tebakang. Tetamu jemputan yang turut serta memeriahkan majlis tersebut adalah Pengetua SMK Tebakang, En Carter Ballang Kapong, Mantan Pengetua, Tuan Hj Abdul Waheb Bin Rosli, Dr. Ranjeet and Mdm Ellen Drabble, Dr Simon Sindang, Yang Dipertua PIBG, En Anthony Siong dan ramai lagi bekas-bekas guru yang pernah dan masih berkhidmat di SMK Tebakang seperti Cikgu Charles Banti, Cikgu Michael Jawa, Cikgu Majin dan ramai lagi.

Dengan tema "Nolstagic Moment" semestinya jamuan ini mengumpul kembali bekas-bekas guru, rakan sekelas yang telah melangkah keluar dari SMK Tebakang dan bertemu kembali untuk mengimbau kenangan manis sepanjang menjadi murid dan tenaga pengajar di SMK Tebakang.

Pada Jamuan tersebut, YB Dr Johnnical Rayong Ngipa telah menyubangkan dana sebanyak RM5,000.00 kepada tabung alumni SMK Tebakang.

Tuan Hj Abdul Waheb B. Rosli berserta isteri yang turut hadir



YB Dr Johnical Rayong selaku tetamu kehormat menyampaikan ucapan

Upara memotong kek
En George Diee(Kiri) selaku pengerusi Reunion Dinner menyampaikan cenderhati kepad YB Dr Johnical Rayong

Sesi mengambil gambar kenang-kenangan mengikut tahun

Tuan Pengetua SMK Tebakang, En Carter Ballang Kapong menyanyikan lagu menyerikan majlis jamuan yang dijalankan
Penyampaian cenderahati untuk YB Dr Johnical Rayong oleh En George Diee diiringi oleh tuan pengetua dan Setiausah Persatuan Alumni SMK Tebakang, Cik Christina Kon (sebelah kiri)

Sesi penggambaran kenang kenangan
Dengan tema "Nolstagic Moment" semestinya jamuan ini mengumpul kembali bekas-bekas guru, rakan sekelas yang telah melangkah keluar dari SMK Tebakang dan bertemu kembali untuk mengimbau kenangan manis sepanjang menjadi murid dan tenaga pengajar di SMK Tebakang.

Pada Jamuan tersebut, YB Dr Johnnical Rayong Ngipa telah menyubangkan dana sebanyak RM5,000.00 kepada tabung alumni SMK Tebakang. Aktiviti yang dijalankan sepanjang jamuan adalah Nyanyian Lagu Tebakang Peduli, Pemotongan Kek , Lagu Suara Emas dan persembahan nyanyian 'Live Band' oleh band pengiring 'Skylight'.

Sunday, June 23, 2013

RIMUP GAWAI SMKT 2013

RIMUP adalah singkatan untuk Rancangan Integrasi Murid untuk perpaduan adalah salah satu inisiatif kerajaan untuk menjadi landasan terbaik menyemai sikap kasih sayang murid berlainan kaum dan agama bagi mengukuhkan lagi semangat perpaduan di kalangan mereka. Sehubungan itu, SMK Tebakang, Serian menjalankan dua program RIMUP iaitu RIMUP Tahun Baru Cina pada 21 Februari 2013.
 


Manakala pada 21 Jun 2013, RIMUP GAWAI DAYAK telah diadakan untuk mengerakkan intergasi perpaduan kaum . Tahun ini giliran kaun Bidayuh menjadi tema dengan tema "Bisindi Negap Bancha" bermaksud Bersatu Mengukuhkan bangsa. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan kumang dan kaleng berserta persembahan Tarian Bilanggi, Tarian Org Ulu, Tarian Birumuh.
 



Saturday, April 13, 2013

PRU 13 2013

Akhirnya, parlimen telah dibubarkan pada 3 April 2013 selepas rakyat berteka-teki dan tertunggu-tunggu. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melalui Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengumumkan selepas mempengerusikan mesyuarat khas suruhanjaya itu di ibu pejabat SPR menetapkan tarikh bagi penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) adalah pada 20 April manakala hari mengundi pula pada 5 Mei depan. 

BARISAN NASIONAL
Maka, selepas pembubaran tersebut keluarlah Manifesto BN dan Manifesto Pembangkang (Pakatan Rakyat) untuk menyerahkan kepada rakyat untuk membuat undian memilih kerajaan baru  hasil pilihan rakyat melalui proses demokrasi. 

Adakah Barisan Nasional (BN) yang telah mengekalkan tampuk pemerintahan selama 55 tahun akan terus kekal atau angin perubahan pakatan pembangkang (PKR, PAS dan DAP) berupaya mengajak rakyat untuk memberi peluang kepada wujudnya kerajaan yang baru?  

Semestinya, Barisan Nasional akan mewar-warkan rekod kejayaan dan kecemerlangan mereka semasa memegang tampuk pemerintahan selama ini dan janji akan diberi jika diberi keyakinan untuk terus memerintah manakala Pihak Pakatan Rakyat akan menggunakan peluang ini untuk membongkar segala kelemahan BN semasa memerintah sebagai isu untuk menyakinkan rakyat untuk memilih mereka dan menukar kerajaan.


PAKATAN RAKYAT (PKR, DAP, PAS)
 
 Kalau di Sarawak, isu hangat yang menjadi modal pembangkang adalah isu rasuah, penyelewang kuasa, isu tanah NCR,  Pendedahan video penyelewengan kuasa,pengambilan tanah, isu tanah NCR akan menjadi bahan kempen utama yang melibatkan Ketua Menteri YB Pehin Seri Taib hasil pendedahan oleh Global Witness.  Isu setempat contohnya Pembinaan empangan di Baram dan isu tanah NCR di Melikin akan digunakan sepenuhnya oleh pihak pembangkang.

Harapan kita, biarlah proses demokrasi berlaku dengan keadaan aman dan tiada timbul kekecohan yang boleh mengancham keselamatan negara. Kuasa di tangan anda. Undi lah dengan bijak. 

 




KUASA MENGUNDI DI TANGAN ANDA

Untuk anda yang telah berumur 21 tahun ke atas dan telah mendaftar sebagai pemilih bolehlah menyemak tempat dan daerah mengundi masing-masing di laman wen Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) pada laman sesawang berikut :
http://daftarj.spr.gov.my/ 








Monday, April 1, 2013

Mandi Manda di Kolam Renang Kota Samarahan

Air...sebut saja tentang air semua orang suka air terutamanya aktiviti rekreasi yang melibatkan air contohnya aktiviti air seperti berenang, bermandi manda dan sukan air. Selain dari sungai-sungai yang bersih, kalau yang tinggal di bandar mesti anda hendak mencari lokasi yang sesuai dan selamat untuk membawa anak-anak bermandi manda. Satu lokasi yang boleh anda pergi yang melibatkan kos yang murah adalah mengungjungi Kolam renang di Kota Samarahan. Tiket masuk hanya Rm1.00 untuk orang dewasa dan Rm0.50 untuk kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas.Terletak lebih kurang 30 km dari Bandaraya Kuching ia mengambil masa perjalanan lebih kurang 25 minit sahaja dari pusat bandar.

Pintu masuk ke Kolam Renang KPSU Samarahan

pemandangan dari tempat astaka berbumbung.

Kolam yang agak luas dan dalam untuk menyelam dan berenang

 
Kolam khas untuk kanak-kanak

Selain dari Kolam Renang, kawasan ini juga merupakan kompleks sukan yang terdapat Stadium Terbuka Kota Samarahan, Stadium Tertutup Samarahan.