ISU SEMASA

Friday, May 27, 2011

Selamat Gawai

Selamat Menyambut Gawai Dayak untuk semua kaum dayak. Perayaan yang disambut pada 1 -2 Jun setiap tahun ini membawa pengertian tahun baru bagi bangsa bidayuh meraikan habisnya musim menuai dan akan bermulanya musim baru untuk menanam padi.

Perayaan Gawai disambut meriah kerana masa inilah yang jauh dan dekat akan balik kepanngkuan keluarga untuk merayaan perayaan ini.

SELAMAT GAWAI KEPADA SEMUA KAUM DAYAK.....

Saturday, May 21, 2011

SELAMAT HARI GURU 2011

SELAMAT HARI GURU 2011


Selamat Hari Guru Kepada Semua warga pendidik di Malaysia...."Guru Penjana Tranformasi Negara". Sesungguhnya jasa dan pengorbanan guru tiada batasnya.....kerana guru lahir lah seorang peguam, doktor, PM dan sebagainya. Kerjaya dan profesyen perguruan adalah satu kerjaya yang menuntut byk pengorbanan dan usaha demi untuk berkongsi ilmu dan mendidik anak bangsa. Terima kasih cikgu kerana apa yang anda ada sekarang, jadinya anda hari ini adalah kerana insan yang bergelar guru.


Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979