ISU SEMASA

BITUBIH

Sejarah Pembentukan Kampung Tubih
a) Kampung Tubih Mawang
Pada tahun 1938, En Saweng ak Not telah mengetuai 9 keluarga dari Kampung Reteh Mawang untuk berhijrah ke kawasan penempatan baru sepanjang Sg Tubih untuk membuka kawasan kediaman baru yang dipanggil Kampong Tubih Mawang. Mereka meneroka tanah kawasan tersebut untuk menanam padi huma dan menanam getah dan kebun lada. Senarai nama ketua kampung yang pernah memimpin Kampung Tubih Mawang ialah
i) En Saweng Ak Not (1946 – 1958)
ii) En Nyanding Ak Budih ( 1959 – 1969)
iii) En Nyagun Ak Jawong (1970 – 1983)
iv) En Kache Ak Jua (1984 – 1993)
v) En Lapeng Ak Nyanding (1994 – sekarang )

Untuk menyediakan pendidikan sekolah rendah untuk penduduk kampung Tubih , SK Sg Sameran telah dibuka pada tahun 1959 tidak jauh dari Kampung Tubih Mawang. Pada tahun 1978, Gereja Katolik St. Adrian telah dibuka apabila penduduk Kpg Tubih telah menerima agama Kristen Roman Katolik. Balai Raya moden telah dibina pada tahun 1986 untuk memudahkan aktiviti perjumpaan dan kegiatan sosial.

SK Sg Sameran.
Menyediakan pendidikan sekolah rendah. Sekolah dikongsikan oleh 5 buah kampung iaitu Kampung Kuhom, Kampung Tubih Mawang, Behem, Sg Ujan dan Kampung Kayan












Gereja Katolik St Adrian Kpg Tubih Mawang.


b) Kampung Tubih Behem
Kampung Tubih Behem telah dibuka pada tahun 1970 apabila 6 keluarga diketuai oleh En Agol Ak Nashen dan En Daing Ak Mirin berpindah ke kawasan penempatan baru Sg Behem. Mereka telah memeluk agama Kristen Seven Day Adventist (SDA) dan membuka Gereja baru pada tahun 1976. Sehingga tahun 1996, Kampung Tubih Behem masih dibawah pentadbiran Ketua Kampung Tubih Mawang. Ketua Kampung Tubih Behem yang pertama adalah En Toyoi Ak Linggar (1996 – 2010). Ketua kampung baru yang berkhidmat sampai sekarang adalah En Toyong Ak Sela (2011 sehingga sekarang).



c) Kampung Tubih Sg Ujan
Kampung Tubih Sg Ujan pula dibuka pada tahun 1970 apabila En Nyagun Ak Jawong mengetuai 7 keluarga telah keluar dar Kampung Tubih Mawang setelah menganuti agama Kristian Anglican kerana pada masa tersebut kebanyakkan penduduk di Kampung Tubih Mawang belum menerima agama Kristen dan tidak menyukai mereka yang memeluk agama Kristian. En Nyagun telah menjadi ketua kampung sehingga tahun 2009 apabila mendiang telah meninggal dunia kerana sakit. Ketua kampung baru yang dilantik untuk menggantikan beliau adalah En Jengkan Ak Monton yang member khidmat sehingga sekarang.

(dipetik dari History of Bidayuh in Serian, Dr. Chang Pat Foh, 2002 )


Berhubung dengan komuniti BITUBIH in facebook,

komuniti bitubih di facebook


Kampung Tanpa Wayar.

Terima kasih atas keperihatinan kerajaan untuk mengurangkan jurang ICT antara luar bandar dan bandar dengan memilih Kampung Tubih Mawang sebagai salah satu Kampung di Daerah Tebedu menjadi Kampung Tanpa Wayar dengan perkhidmatan Wifi. Dengan ada kemudahan ini, diharap memudahkan para belia dan orang kampung untuk menggunakan kemudahan internet untuk memohon pekerjaan atau
memohon menyambung belajar secara terus dalam talian (online).

Cakera Satelit yang terletak di antara bangunan balai raya dan gereja

Antena WLAN yang baru siap dipasang dan sedia untuk digunakan sesudah dirasmikan kelak


STESYEN ANTENA PEMANCAR 

Penambahan litupan telefon bimbit juga semakin meluas dan sangat baik selepas berdirinya stesen antena pemancar di Kampung Tubih Sg Ujan yang membolehkan litupan talian hp untuk Celcom dan Digi .



 Antena Pemancar Di Kampung Tubih Sg Ujan


Signal Celcom full bar 

PROJEK BEKALAN AIR TERAWAT LUAR BANDAR

Projek Bekalan Air Bersih Terawat Luar bandar kini sedang rancak dalam pembinaan membolehkan bekalan air bersih untuk penduduk kampung boleh dinikmati menjelang tahun 2013 atau 2014. Kerja menanam batang paip utama di sepanjang Jalan Tebedu tengah giat dijalankan.


Perubahan
Stor Kaum Wanita yang telah diubahsuai (renovate) sepenuhnya menggantikan Rumah papan untuk menyimpan barangan dan peralatan dapur. 

Jalan Tangga bersimen yang diberi peruntukan sebanyak RM10,000.00 oleh Datuk Richard Riot untuk dibaikpulih 

Jambatan baru yang dibuat untuk menggantikan jambatan lama yang sudah bergoyang.

No comments:

Post a Comment