ISU SEMASA

Tuesday, September 13, 2011

Hari Malaysia 16 September 2011

Selamat Hari Malaysia.......16 September bermula tahun lepas sudah diiktiraf sebagai cuti umum untuk seluruh negara kerana pada tarikh kermata ini 3 negara telah bergabung untuk membentuk negara tunggal iaitu Semenanjung Malaya, Sabah dan Sarawak dan Singapura. Walaubagaimanapun, Singapura telah keluar dr gabungan ini pada August 1965.

Saturday, September 10, 2011

Pasaria PIBG dan Tarianthon SMK Tebakang 2011


HARI PIBG SMK TEBAKANG dan Tarianton 2011



Orang ramai, Semua bekas guru,kakitangan serta pelajar yang pernah berkhidmat @ menuntut di SMK Tebakang. Anda adalah dijemput hadir bagi aturcara :


HARI PIBG SMK TEBAKANG


Tarikh : 24 .September.2011 ( Sabtu )

Masa : 8.00 hingga 4.30 petang

Tempat : Gelanggang Bola Tampar SMK Tebakang.

Aktiviti : Tarianthon,Gerai Makanan Dan Minuman, Gerai Pertanian serta

Pentas Hiburan .

Cabutan Tiket Bertuah : Hadiah ( Motosikal, Set Home Teater, Set

meja makan, freezer, vacuum cleaner serta hamper ) Tiket bertuah

boleh dibeli di Tapak Pasaria pada harga RM 1.00 sekeping.

* Sesiapa yang berminat untuk menempah gerai ( Satu Tapak Gerai : RM 50.00 ) boleh menghubungi : Encik Nyipa ( 0148816822)

" Semua sumbangan adalah bertujuan untuk mengisi Dana PIBG Sekolah "

Berilah sokongan anda kepada sekolah: " SATU DANA, SATU SUARA "



Saturday, September 3, 2011

Durian Oh Durian.....




Musim durian sudah dtg...wah...kat mana-mana skrg kita melihat org akan menjual durian....tapi harga masih boleh tahan lg mahal......masih jual pakai biji...kalau dah byk nanti pakai borong...dan harga akan turun dgn byk...

Kelebihan dan manafaat makan durian.....

KEBAIKAN BUAH DURIAN

I) Ia dikatakan dapat menurunkan kadar kolesterol dan membersihkan darah. Ada kajian mendapati durian dapat mengelakkan jangkitan kulat. Ini kerana kandungan zat besi yang tinggi membantu sel darah putih menghasilkan kimia semulajadi membunuh jangkitan.

ii) Durian juga mengandungi asid amino dan vitamin B, C dan E dan ia tinggi kandungan anti-oksidan. Anti-oksidan membantu memperlahankan kemusnahan sel-sel kesan dari radikal bebas seperti pencemaran udara dan asap rokok. Dengan cara ini, ia mengurangkan proses penuaan membuatkan kita awet muda. Ia juga baik dimakan ketika demam.

iii)Tryptophan adalah antara bahan yang didapati di dalam asid amino di dalam durian. Tryptophan adalah keperluan bagi mengawal tahap serotonin dalam tubuh. Serotonin adalah hormon yang memberikan ketenangan dan keceriaan serta penawar insomnia. Mereka yang kurang serotonin selalunya tidak dapat mengawal emosi, sering marah dan menghadapi tekanan perasaan.

sumber :
http://varietyofhumans.blogspot.com/2011/03/kebaikan-buah-durian.html

So, makanlah buah durian banyak-banyak....tapi saya masalah durian nie bau dia kuat sangat...kalau simpan kat bonet kereta bau dia melekat...jadi utk menghilangkan bau durian ini dari kereta...senang jer...ambil daun pandan dan simpan dlm kereta...gerenti..bau akan hilang....selamat mencuba.!!!

Thursday, September 1, 2011

Pasaraya Giant

Pasaraya Giant Tabuan Jaya......pembukaan pada 25 Ogos 2011...5 hari sebelum Hari Raya Aidilfitri menyebabkan kesesakan teruk kerana diserbu org ramai kerana dikatakan menawarkan harga potongan istimewa. Ditambah lagi dengan persediaan umat Islam yang membeli belah untuk persediaan menyambut kedatangan 1 Syawal.....3 kali saya cuba untuk singgah tetapi berpusing balik apabila melihat deretan kereta panjang yang hendak masuk.........Tapi akhirnya 31.8.2011....saya pergi sekali lg dan dapat juga masuk melihat mcm mana keadaan nya pasaria yang dikatakan Gudang untuk membeli belah.......



Luas, banyak pilihan barang dan harga yang berpatutan... tapi kesesakan lalulintas berlaku dengan teruk setiap kali shopping mall di buka...dulu jalan batu 3 sesak teruk apabila Boulevard dibuka......sekarang.....area stutong menjadi sesak apabila Giant Tabuan Jaya dibuka..........Tak dapat saya gambarkan bagaimana keadaannya jika Giant Padawan (Batu10) dibuka....huhuhu.....kalau sekarang dah sesak terutamanya selepas balik kerja 5pm...ditambah lg dengan pembukaan Giant Padawan...fuh...



Rasanya...pihal MPP Padawan, MBKS dan DBKU serta kerajaan negeri harus melalukan sesuatu untuk menambahkan lorong jalan raya serta jalan baru untuk menampung peningkatan bilangan kereta dengan penduduk.



Ngabang Raya!!!!


Raya datang lagi....tidak ketinggalan budaya kunjung-mengunjung (ngabang) ke rumah rakan, sahabat dan saudara mara. Budaya yang menjadi tradisi tidak kira perayaan Hari Raya Aidilfitri tetapi semua perayaan besar di Malaysia. Itulah kebaikan negara yang berbilang kaum. Diharap keamanan yang kita kecapi skrg dengan setiap kaum memahami budaya dan adat resam kaum yang berlainan dapat dikekalkan sehingga generasi akan datang.