ISU SEMASA

Saturday, February 27, 2010

CUACA PANAS HINGGA AWAL APRIL

PANAS!!!PANAS!!!MEMBAHANG......

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan cuaca panas dan kering yang melanda negara akan berterusan sehingga awal April ini. Fenomena El-Nino yang terjadi di tengah Lautan Pasifik sejak Jun tahun lalu, dijangka berterusan sehingga April ini dan diramalkan beralih kepada keadaan normal mulai Mei ini. Dalam kenyataan kepada media semalam, Jabatan Meteorologi menyebut, Malaysia kini berada dalam fasa akhir Monsun Timur Laut, yang mana cuaca lebih panas dan kering berbanding Disember dan Januari.

Tambahan lagi, kedudukan matahari secara relatif hampir tegak di kawasan Khatulistiwa pada pertengahan Februari hingga pertengahan April adalah antara punca kejadian cuaca panas. Ia bertambah buruk dengan fenomena El Nino sederhana menyebabkan kekurangan hujan di Malaysia. Antara kawasan kekurangan hujan adalah Perlis, Kedah, Pulau Langkawi, Kelantan, Terengganu, Pahang, pedalaman Negeri Sembilan, Johor serta Sabah dan Bintulu.
sumber ; berita harian
Keluhan dan rungutan di mana-mana saja. Panas...memangpun cuaca kebelakangan ini terasa sangat panas bahangnya. Memang cuaca sekarang tidak menentu, panas membara tetiba hujan ditengah hari...Adakah ini kesan dari pemanasan global dan akibat tindakan manusia menerokai hutan tanpa terkawal?? Pemusnahan hutan untuk tujuan pembangunan dan perladangan mengurangkan keluasan hutan yang berfungsi sebagai tempat tadahan air, penapis udara dan pembekal oksigen. Kesannya, pemanasan global, banjir besar dan banyak lagi bencana alam lain berlaku kebelakangan ini. Gempa bumi, Tsunami juga makin kerap berlaku menunjukkan bumi kita ini sudah semakin tua.
Mungkin Tuhan memberi kita amaran awal supaya kita menjaga bumi ini dengan balik sebelum terlambat. Saya teringat filem 2012...diramalkan menjelang tahun tersebut akan berlaku satu bencana alam yg besar. So, friends....Together We Save our Earth before it to late. The power is your!!!

Tuesday, February 16, 2010

Kes Pembuangan Bayi !!!

KE MANA PERGINYA SIFAT KEMANUSIAAN!!!????

Petikan akhbar semasa

Orang ramai kecam perilaku zalim terhadap bayi
KUALA LUMPUR 15 Feb. - Kejadian membuang bayi termasuk insiden terbaru bayi dibakar sehingga separuh tubuh rentung dalam tong sampah di Kuala Krai, Kelantan mendapat reaksi orang ramai yang cukup tersentuh dengan peristiwa tersebut. - Utusan Malaysia, 14 Feb 2010

Janin hanyut disangka anak patung
MIRI: Tiga budak yang sedang leka bermain di tepi sungai di kawasan setinggan Pujut 5 di sini terkejut dengan penemuan sebuah kotak hanyut berisi janin perempuan yang disangka anak patung. - Utusan Borneo, 13 Februari 2010
____________________________________________________

Itulah sebahagian dari Berita Utama yang menjadi tajuk di akhbar dua tiga hari ini. Saya sangat tersentuh, ke mana perginya perasaan keperikemanusiaan hingga bayi yang baru dilahirkan dibuang macam membuang sampah. Inilah hasil dari pergaulan bebas di kalangan remaja sekarang sehingga ada yang terlanjur dan mendapat anak di luar nikah. Tidak hendak, buang macam itu saja. Patutnya tindakan tegas harus diambil oleh pihak berkuasa termasuk hukuman bunuh bagi pasangan yang membuang bayi .



Sunday, February 14, 2010

Happy Chinese New Year 2010

Selamat Tahun Baru Cina kepada rakan kita yang berbangsa Cina. Semoga tahun baru akan dimurahkan lagi rezeki dan kesihatan yang baik. Istimewanya tahun ini adalah Tahun ini adalah Tahun Harimau dalam kalendar cina bersama dengan Tahun kelahiran saya. Mengikut kepercayaan Tahun Harimau ini melambangkan keberanian, kejujuran, tangkas, sedia bersaing dan siap mempertahankan maruah.
Semoga semangat tersebut wujud dalam diri.
"GONG XI FA CHAI"