ISU SEMASA

Saturday, May 1, 2010

Selamat Hari Pekerja (1 MEI 2010)

Selamat HAri Pekerja kepada semua rakyat Malaysia. Baru hari ini ada kesempatan untuk edit blog. Byk perkara yang telah berlalu terutamanya sepanjang bulan April. Kes hangat yang baru selesai...Pilihanraya Kecil Hulu Selangor.....BN menang. Kes Pembuangan bayi semakin menjadi-jadi. Entah ke mana perginya sifat perikemanusiaan. Kematian pelawak dan DJ radio Era terkenal..Din Beramboi kerana deman denggi. Penyanyi Achik Spin...meninggal kerana kemalangan jalan raya. Kes APCO...dan byk lg. Rusuhan baju merah di Thailand...Kes penderaan anak dan pembunuhan....dan byk lagi. Nampaknya dunia ini sedang menuju ke arah keruntuhan akhlak, rusuhan kaum dan sebagainya akibat dr kita telah kurang kepercayaan pada Tuhan. Bersamalah kita berdoa semoga dunia kita dan kehidupan kita sentiasa tenang dan selamat.

Thursday, March 18, 2010

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2010

PEMANSUHAN BAYARAN WAD KEPADA PEGAWAI DANPESARA PERKHIDMATAN AWAM

TUJUAN
1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan memaklumkan keputusan Kerajaan untuk memansuhkan bayaran wad yang dikenakan kepada pegawai dan pesara Perkhidmatan Awam apabila dimasukkan ke hospital Kerajaan untuk mendapatkan rawatan.

LATAR BELAKANG
2. Peraturan semasa menetapkan bahawa pegawai dan pesara Perkhidmatan Awam, ahli keluarga dan ibu bapa yang sah yang dimasukkan ke hospital Kerajaan untuk mendapatkan rawatan akan dikehendaki membayar bayaran wad mengikut kadar yang ditetapkan.

3. Tafsiran “pegawai”, “keluarga pegawai” dan “ibu bapa yang sah” adalah merujuk kepada tafsiran di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 21 Tahun 2009 atau pindaan dari semasa ke semasa.PELAKSANAAN

4. Kerajaan telah memutuskan bahawa bayaran wad yang dikenakan kepada pegawai dan pesara Perkhidmatan Awam, ahli keluarga dan ibu bapa yang sah semasa mendapatkan rawatan di hospital Kerajaan dimansuhkan.

5. Pemansuhan bayaran wad ini tidak menjejaskan kelayakan wad yangditetapkan kepada pegawai. Kelayakan wad adalah berdasarkan gred pegawai seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah, tertakluk kepada fasiliti yang disediakan oleh pihak hospital:Kumpulan/ Gred Kelayakan wadPengurusan Tertinggi, 45-54-Kelas 1 Bilik Seorang31 – 44 Kelas 1 Bilik Berdua21 – 30 Kelas 1 Bilik Bertiga1 – 20 Kelas 2

6. Kelayakan wad untuk ahli keluarga dan ibu bapa yang sah adalahberdasarkan kelayakan yang ditetapkan kepada pegawai.

7. Kelayakan wad untuk pesara dan ahli keluarga adalah berdasarkan gred hakiki terakhir pegawai sebelum bersara.

8. Jika pegawai atau pesara Perkhidmatan Awam atau ahli keluarga atau ibu bapa yang sah meminta untuk dimasukkan ke dalam wad yang lebih tinggi dari kelayakannya, maka pegawai atau pesara berkenaan akan dikehendaki membayar bayaran wad mengikut kadar yang ikenakan kepada orang awam. Pegawai dan pesara juga dikehendaki membayar deposit sebelum dimasukkan ke wad yang lebih tinggi mengikut kadar yang ditetapkan.PEMBATALAN

9. Dengan berkuat kuasanya Pekeliling Perkhidmatan ini, perenggan C2berkaitan kelayakan dan kadar bayaran wad di Lampiran C8, PekelilingPerkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002, perenggan 11 berkaitan kadar bayaran wad sehari di Lampiran O, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 1991 dan Bahagian J berkaitan permohonan perbelanjaan bagi rawatan di luar negeri di Lampiran B, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 21 Tahun 2009 adalah dibatalkan.

TARIKH KUAT KUASA
10. Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 April 2010.

PEMAKAIAN
11. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan Pekeliling Perkhidmatan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

(TAN SRI ISMAIL ADAM)
Ketua Pengarah Perkhidmatan AwamMalaysia
JABATAN PERKHIDMATAN AWAMMALAYSIAPUTRAJAYA
5 Mac 2010

Semua Ketua Setiausaha Kementerian
Semua Ketua Jabatan Persekutuan
Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri
Semua Pihak Berkuasa Berkanun
Semua Pihak Berkuasa Tempatan

Saturday, February 27, 2010

CUACA PANAS HINGGA AWAL APRIL

PANAS!!!PANAS!!!MEMBAHANG......

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan cuaca panas dan kering yang melanda negara akan berterusan sehingga awal April ini. Fenomena El-Nino yang terjadi di tengah Lautan Pasifik sejak Jun tahun lalu, dijangka berterusan sehingga April ini dan diramalkan beralih kepada keadaan normal mulai Mei ini. Dalam kenyataan kepada media semalam, Jabatan Meteorologi menyebut, Malaysia kini berada dalam fasa akhir Monsun Timur Laut, yang mana cuaca lebih panas dan kering berbanding Disember dan Januari.

Tambahan lagi, kedudukan matahari secara relatif hampir tegak di kawasan Khatulistiwa pada pertengahan Februari hingga pertengahan April adalah antara punca kejadian cuaca panas. Ia bertambah buruk dengan fenomena El Nino sederhana menyebabkan kekurangan hujan di Malaysia. Antara kawasan kekurangan hujan adalah Perlis, Kedah, Pulau Langkawi, Kelantan, Terengganu, Pahang, pedalaman Negeri Sembilan, Johor serta Sabah dan Bintulu.
sumber ; berita harian
Keluhan dan rungutan di mana-mana saja. Panas...memangpun cuaca kebelakangan ini terasa sangat panas bahangnya. Memang cuaca sekarang tidak menentu, panas membara tetiba hujan ditengah hari...Adakah ini kesan dari pemanasan global dan akibat tindakan manusia menerokai hutan tanpa terkawal?? Pemusnahan hutan untuk tujuan pembangunan dan perladangan mengurangkan keluasan hutan yang berfungsi sebagai tempat tadahan air, penapis udara dan pembekal oksigen. Kesannya, pemanasan global, banjir besar dan banyak lagi bencana alam lain berlaku kebelakangan ini. Gempa bumi, Tsunami juga makin kerap berlaku menunjukkan bumi kita ini sudah semakin tua.
Mungkin Tuhan memberi kita amaran awal supaya kita menjaga bumi ini dengan balik sebelum terlambat. Saya teringat filem 2012...diramalkan menjelang tahun tersebut akan berlaku satu bencana alam yg besar. So, friends....Together We Save our Earth before it to late. The power is your!!!