ISU SEMASA

Thursday, September 1, 2011

Pasaraya Giant

Pasaraya Giant Tabuan Jaya......pembukaan pada 25 Ogos 2011...5 hari sebelum Hari Raya Aidilfitri menyebabkan kesesakan teruk kerana diserbu org ramai kerana dikatakan menawarkan harga potongan istimewa. Ditambah lagi dengan persediaan umat Islam yang membeli belah untuk persediaan menyambut kedatangan 1 Syawal.....3 kali saya cuba untuk singgah tetapi berpusing balik apabila melihat deretan kereta panjang yang hendak masuk.........Tapi akhirnya 31.8.2011....saya pergi sekali lg dan dapat juga masuk melihat mcm mana keadaan nya pasaria yang dikatakan Gudang untuk membeli belah.......



Luas, banyak pilihan barang dan harga yang berpatutan... tapi kesesakan lalulintas berlaku dengan teruk setiap kali shopping mall di buka...dulu jalan batu 3 sesak teruk apabila Boulevard dibuka......sekarang.....area stutong menjadi sesak apabila Giant Tabuan Jaya dibuka..........Tak dapat saya gambarkan bagaimana keadaannya jika Giant Padawan (Batu10) dibuka....huhuhu.....kalau sekarang dah sesak terutamanya selepas balik kerja 5pm...ditambah lg dengan pembukaan Giant Padawan...fuh...



Rasanya...pihal MPP Padawan, MBKS dan DBKU serta kerajaan negeri harus melalukan sesuatu untuk menambahkan lorong jalan raya serta jalan baru untuk menampung peningkatan bilangan kereta dengan penduduk.



Ngabang Raya!!!!


Raya datang lagi....tidak ketinggalan budaya kunjung-mengunjung (ngabang) ke rumah rakan, sahabat dan saudara mara. Budaya yang menjadi tradisi tidak kira perayaan Hari Raya Aidilfitri tetapi semua perayaan besar di Malaysia. Itulah kebaikan negara yang berbilang kaum. Diharap keamanan yang kita kecapi skrg dengan setiap kaum memahami budaya dan adat resam kaum yang berlainan dapat dikekalkan sehingga generasi akan datang.





Tuesday, August 30, 2011

Makanan Eksotik.......

MAKANAN MENU ISTIMEWA

Semasa saya bertugas pengurusan...saya diajak oleh rakan staf untuk mencuba menu yang telah jarang atau tidak pernah dirasa oleh generasi zaman sekarang iaitu bubur semut. Bila disebut semut...tentu kita semua rasa geli kerana kita tidak pernah disajikan dengan makanan tersebut. Selepas merasa sedikit....sedap juga.....


.Hahaa... selain itu, menu siput...wah...memang menyelerakan........feel lg tengah menyedut isi keluar....fuh...mcm bunyi musik jer kalau makan ramai-ramai............


Dan....ulat sagu....fuh nie lg sedap kalau digoreng atau dipanggang......sesap hingga menjilat jari....tapi buat yg tak biasa 2......tolak tepilah.........inilah makanan eksotik dulu dulu yg sekarang jarang kita makan....