ISU SEMASA

Saturday, April 13, 2013

PRU 13 2013

Akhirnya, parlimen telah dibubarkan pada 3 April 2013 selepas rakyat berteka-teki dan tertunggu-tunggu. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melalui Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengumumkan selepas mempengerusikan mesyuarat khas suruhanjaya itu di ibu pejabat SPR menetapkan tarikh bagi penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) adalah pada 20 April manakala hari mengundi pula pada 5 Mei depan. 

BARISAN NASIONAL
Maka, selepas pembubaran tersebut keluarlah Manifesto BN dan Manifesto Pembangkang (Pakatan Rakyat) untuk menyerahkan kepada rakyat untuk membuat undian memilih kerajaan baru  hasil pilihan rakyat melalui proses demokrasi. 

Adakah Barisan Nasional (BN) yang telah mengekalkan tampuk pemerintahan selama 55 tahun akan terus kekal atau angin perubahan pakatan pembangkang (PKR, PAS dan DAP) berupaya mengajak rakyat untuk memberi peluang kepada wujudnya kerajaan yang baru?  

Semestinya, Barisan Nasional akan mewar-warkan rekod kejayaan dan kecemerlangan mereka semasa memegang tampuk pemerintahan selama ini dan janji akan diberi jika diberi keyakinan untuk terus memerintah manakala Pihak Pakatan Rakyat akan menggunakan peluang ini untuk membongkar segala kelemahan BN semasa memerintah sebagai isu untuk menyakinkan rakyat untuk memilih mereka dan menukar kerajaan.


PAKATAN RAKYAT (PKR, DAP, PAS)
 
 Kalau di Sarawak, isu hangat yang menjadi modal pembangkang adalah isu rasuah, penyelewang kuasa, isu tanah NCR,  Pendedahan video penyelewengan kuasa,pengambilan tanah, isu tanah NCR akan menjadi bahan kempen utama yang melibatkan Ketua Menteri YB Pehin Seri Taib hasil pendedahan oleh Global Witness.  Isu setempat contohnya Pembinaan empangan di Baram dan isu tanah NCR di Melikin akan digunakan sepenuhnya oleh pihak pembangkang.

Harapan kita, biarlah proses demokrasi berlaku dengan keadaan aman dan tiada timbul kekecohan yang boleh mengancham keselamatan negara. Kuasa di tangan anda. Undi lah dengan bijak. 

 




KUASA MENGUNDI DI TANGAN ANDA

Untuk anda yang telah berumur 21 tahun ke atas dan telah mendaftar sebagai pemilih bolehlah menyemak tempat dan daerah mengundi masing-masing di laman wen Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) pada laman sesawang berikut :
http://daftarj.spr.gov.my/ 








Monday, April 1, 2013

Mandi Manda di Kolam Renang Kota Samarahan

Air...sebut saja tentang air semua orang suka air terutamanya aktiviti rekreasi yang melibatkan air contohnya aktiviti air seperti berenang, bermandi manda dan sukan air. Selain dari sungai-sungai yang bersih, kalau yang tinggal di bandar mesti anda hendak mencari lokasi yang sesuai dan selamat untuk membawa anak-anak bermandi manda. Satu lokasi yang boleh anda pergi yang melibatkan kos yang murah adalah mengungjungi Kolam renang di Kota Samarahan. Tiket masuk hanya Rm1.00 untuk orang dewasa dan Rm0.50 untuk kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas.Terletak lebih kurang 30 km dari Bandaraya Kuching ia mengambil masa perjalanan lebih kurang 25 minit sahaja dari pusat bandar.

Pintu masuk ke Kolam Renang KPSU Samarahan

pemandangan dari tempat astaka berbumbung.

Kolam yang agak luas dan dalam untuk menyelam dan berenang

 
Kolam khas untuk kanak-kanak

Selain dari Kolam Renang, kawasan ini juga merupakan kompleks sukan yang terdapat Stadium Terbuka Kota Samarahan, Stadium Tertutup Samarahan.

Friday, March 29, 2013

Seminar Pergigian Anjuran Hospital Dearah Serian untuk Warga Pendidik Di Daerah Serian

Pada 27 Mac 2013, telah adakan Seminar Kesihatan Pergigian oleh Klinik Pergigian Hospital Serian kepada semua GPK HEM Sekolah Rendah dan Menengah Daerah Serian di Dewan Masyarakat Daerah Serian. Antara objektif seminar tersebut diadakan adalah untuk memberi info tentang Program Pemeriksaan Gigi di Sekolah, objektif dan sasaran Klinik Pergigian dalam pemeriksaan gigi di sekolah tertutamanya untuk murid sekolah rendah.


Pengisian program adalah
1) Ceramah Pergigian bertajuk "Kesihatan Dan Penjagaan Pergigian" oleh Dr. Runin Mambak
2) Pameran Berkumpulan dan Demostrasi Mengesan Plak - "Plak House"
3) Ceramah Pergigian bertajuk " Langkah-langkah bantuan awal kecemasan pergigian (Early treatment for dental injuries" oleh Dr. Jade De Silva
4) Taklimat Prosedur kerja Skuad Pergigian Bergerak "Mobile Dental Skuad-MDS" ke sekolah sekolah untuk pemeriksaan gigi oleh Sr. Elizabeth Delson
5) Sesi soal jawab

Program berakhir pukul 12.30 dengan penyampaian sijil kepada semua peserta. Berikut adalah beberapa gambar yang diamabil sepanjang seminar tersebut dijalankan.


Jenis penyakit dan masalah gigi

Maklumat tentang kesihatan gigi


Plak House - penggunaan pewarna untuk menanda kehadiran plak pada gigi.

Pameran dan taklimat oleh jururawat tentang kaedah dan cara rawatan gigi dijalankan serta perlatan yang digunakan





Ceramah pergigian yang disampaikan oleh Dr Jade De Silva tentang Langkah-langkah awal kecemasan pergigian

Bahan Pameran tentang jenis gigi dan fungsinya
Maklumat tentang cara penjagaan gigi
Maklumat tentang cara penjagaan gigi
Jenis peralatan dan bahan yang digunakan untuk penjagaan gigi
Taklimat dan ceramah disampaikan oleh Jururawat Elizabeth Delson tentang Prosedur kerja MDS
Pasukan jururawat pergigian yang tidak jemu menjawab
soalan bertubi-tubi dari peserta tentang kesihatan dan penjagaan gigi.
Bahan yang digunakan untuk tampalan gigi secara amalgam
Ceramah Pergigian Di SMK Tebakang oleh Klinik Gigi Hospital Daerah Serian kepada murid Tingkatan 1 pada Tahun 2012


Maklumat tentang cara penjagaan gigi