Matang Family Park terletak di kaki gunung serapi kira-kira
22km sebelah barat bandaraya Kuching. Meliputi kawasan seluas 7 ekar ia
menyediakan tempat untuk aktiviti keluarga seperti picnic, mandi manda dan
BBQ. Air yang sejuk sangat menyegarkan
untuk aktiviti mandi manda. Kemudahan tempat BBQ, Tandas dan tempat bertukar pakaian, Ruang yang luas untuk berkumpul (gathering). Tiket
masuk adalah RM3.00 untuk orang dewasa dan RM1.00 untuk kanak-kanak atas umur 6
tahun.
Friday, August 16, 2013
Matang Family Park
15/8/2013(Khamis), Matang - Cuti sekolah sekali lagi digunakan untuk membawa keluarga bersantai. Destinasi seterusnya kali ini adalah ke Matang Family Park yang terletak di Matang. Sungguh menyegarkan bila mandi manda di sini. Sedikit info tentang tempat rekreasi ini bagi mereka yang belum pernah dan bercadang ke tempat ini.
Hanya satu aspek yang perlu perhatian adalah dari segi penyelenggaran kawasan ini nampaknya kurang dititikberatkan kerana nampak tidak dijaga dengan sempurna.
Wednesday, August 14, 2013
Semenggoh wildlife centre
Pada 13/8/2013(Rabu) - Saya dan
keluarga berkunjung ke Pusat Hidupan Liar Semenggok(Semenggok Wildlife Centre)
yang terletak di Kota Padawan lebih kurang 12 batu di sebelah tenggara Kuching
adalah tempat Pusat Pemuliharan Hidupan Liar untuk Orang Utan. Dengan bayaran
masuk RM5.00 orang orang dewasa dan percuma untuk kanak-kanak di bawah umur 6
tahun. Masa yang sesuai untuk melihat orang hutan di sini adalah pada pukul 9
am dan 3 pm setiap hari kerana pada masa ini mereka akan di beri makan oleh
Ranger Taman. Selain dari itu anda boleh juga melihat keindahan hutan dan
mempelajari tentang spesies tumbuhan yang terlindung. Berikut kenangan yang
dirakam sepanjng kunjungan tersebut.
![]() |
| Orang Utan yang sempat dirakam semasa diberi makanan oleh warden hutan. Kelihatan seekor orang-tan dengan anak yang yang kecil. |
![]() |
| Bergambar kenangan di sekitar Pusat Perlindungan |
![]() |
| Keindahan hutan hujan Tropika. |
![]() |
| Pemandangan sekitar pusat hidupan liar semenggok |
Tuesday, August 6, 2013
Program 10,000 Langkah Berjalan Kaki SMK Tebakang 2013
Pd 31 Julai 2013, SMK Tebakang telah berjaya menjalankan program berjalan kaki 10,000 Langkah 1Murid1Sukan. Melibatkan semua murid Tingkatan 1 hingga 5, guru dan staf bermula pukul 8.00 hingga pukul 9.00am di sekitar kawasan sekolah meliputi jarak dan jauh 3 km. Program berjalan kaki 10,000 langkah tersebut dilepaskan oleh Tuan Pengetua, En Carter Ballang Kapong.
Objektif utama program itu membentuk masyarakat Malaysia agar lebih prihatin tentang penjagaan kesihatan dari peringkat asas. Selain itu, menjadikan aktiviti berjalan kaki 10,000 langkah sehari sebagai budaya harian setiap individu di Malaysia dalam membangunkan masyarakat yang sihat.
Sambil berjalan, dapat juga melihat keindahan dan kehijauan sekitar kawasan sekolah.
Subscribe to:
Posts (Atom)







