ISU SEMASA

Sunday, April 8, 2012

Museum Kucing (Cat Museum)


Selamat Hari Paska/ Easter kepada semua umat Kristian. Hari Jumaat 6/4/2012 adalah Cuti Umum Good Friday untuk Sabah dan Sarawak. dan bagi sesetengah sekolah mengambil hari Isnin (9/4/2012) untuk Cuti Peristiwa Easter Monday.

Kesempatan ini digunakan untuk membawa anak-anak berjalan-jalan iaitu ke Mzium Kuching.

Mezium Kuching terletak di tingkat bawah Bangunan Dewan Bandaraya Kuching Utara(DBKU) di atas Bukit Siol, Jalan Samariang. Mizium ini menemparkan kira-kira 2,000 barang pameran, artifak, patung berkenaan dengan kucing dari seluruh dunia.




Pameran dalam Gua kucing yang menempat maklumat dan patung tentang saalsilah dan keluarga kumpulan kucing.


Patung kucing untuk bergambar sebagai kenangan



Kucing adalah binatang peliharaan dan kawan setiap bagi setiap orang. Ada yang membuat kubur untuk memperingati Kucing kesayangan mereka



Statue cantik yang dihias dan dilukis dengan cantik. Salah satu bahan pameran yang dipamerkan 


Hukuman untuk mereka yang menyeksa kuching 





Bahagian Depan mula lawatan pameran

Sunday, March 18, 2012

Kuching Central





Kuching Central...destinasi baru untuk mall tempat membeli belah dan pusat terminal bus yang serba moden.








Friday, March 16, 2012

ASAS PERKAHWINAN YANG BERKEKALAN

Asas Perkahwinan Yang Kekal

Saya tertarik dengan bahan yang saya baca ini dari majalah Health Today Nov 2011 dan ingin berkongsikan dengan semua asas yang mengekalkan perhubungan dalam perkahwinan yang kekal dan gembira selamanya. Mengikut kata Dr Loius McBurney, perkahwinan yang kekal dan gembira hanya akan berlaku dan dicapai jika usaha tersebut melibatkan kedua-dua pihak suami dan isteri.

Prinsip kalau diamalkan yang akan membentuk asas perhubungan perkahwinan yang kekal melibatkan EMPAT prinsip yang utama

a) Comitment/ Komitmen
Komitmen dalam kontek hubungan perkahwinan ini bermaksud kita meletakkan
keperluan/keperhatinan/komitment anda pada pasangan anda lebih dari keperluan anda. Hasil kajian menunjukkan penunjuk terbaik perkahwinan yang baik adalah bagaimana pasangan tersebut dapat merasa keperluan/ kehendak masing-masing telah dipenuhi. Komitmen bila sudah berkeluarga perlu diutamakan dahulu selepas komitmen individu kita yang menuntuk kepada hak, kebebasan diri.

b) Communication / Komunikasi
Komunikasi kita boleh umpamakan seperti darah dalam badan kita. Jika darah tersebut dikeluarkan, badan akan mati. Jika tiada komunikasi perhubungan berkesan dalam akan gagal. Komunikasi dalam perhubungan perkahwinan suami isteri ini bukan bermaksud bertukar maklumat tetapi pengkongsian perasaan, saat pahit, manis bersama. Komunikasi antara suami isteri perlu untuk menyelesaikan salah faham, berbincang dengan baik jika wujud konflik yang wujud untuk kepentingann bersama.

c) Patience / Kesabaran
Perkahwinan yang bahagia mengambil masa yang panjang untuk dicapai. Ia memerlukan kesabaran untuk dicapai kerana pada peringkat ini kita akan belajar untuk memahami antara satu sama lain. Pasangan perlu belajar untuk bersabar dengan karenah pasangan, belajar bersabar, bertolak ansur untuk berkongsi hak peribadi masing-masing.

d) Strong believe / Kepercayan kuat
Pasangan yang mempunyai kepercayaan keagamaan yang kuat akan mempunyai hubungan perkahwinan yang kekal berbanding dengan mereka yang tidak. Ini kerana nilai keagamaan ini mengajar pasangan tersebut tentang pengkongsian nilai moral dan murni yang perlu ada antara pasangan suami isteri. Asas ini menjadi panduan kuat untuk mengekalkan perhubungan hidup berumah tangga yang penuh dengan cabaran dan dugaan.