ISU SEMASA

Saturday, August 17, 2013

Jong Crocodile Farm and Zoo

16/8/2013(Jumaat) -  Destinasi seterusnya untuk hari ini adalah mengunjungi Jong Crocodile Farm. Terletak di Siburan iaitu batu 17 Jalan Kuching-Serian. Cuaca mendung dan tidak panas pada petang apabila kami sampai pada pukul 2.30 petang. Masa yang sesuai kerana pada pukul 3.00 ptg akan ada pertunjukkan memberi buaya makan. Tiket masuk adalah  RM10.00 untuk orang dewasa dan RM5.00 untuk kanak-kanak.


Selain daripada buaya, terdapat juga binatang lain yang terdapat di sini seperti burung merak, biawak, rusa, beruang, memerang, kura-kura, biawak, landak dan monyet dan ikan Araipaima.


Acara kemuncak adalah pertunjukkan memberi makan kepada buaya.  Daging akan diikat pada tali dan digantung atas air dan buaya-buaya ini akan melompat menangkap makanan yang disediakan.

Friday, August 16, 2013

Matang Family Park

15/8/2013(Khamis), Matang -  Cuti sekolah sekali lagi digunakan untuk membawa keluarga bersantai. Destinasi seterusnya kali ini adalah ke Matang Family Park yang terletak di Matang. Sungguh menyegarkan bila mandi manda di sini. Sedikit info tentang tempat rekreasi ini bagi mereka yang belum pernah dan bercadang ke tempat ini.




Matang Family Park terletak di kaki gunung serapi kira-kira 22km sebelah barat bandaraya Kuching. Meliputi kawasan seluas 7 ekar ia menyediakan tempat untuk aktiviti keluarga seperti picnic, mandi manda dan BBQ.  Air yang sejuk sangat menyegarkan untuk aktiviti mandi manda. Kemudahan tempat BBQ,  Tandas dan tempat bertukar pakaian,  Ruang yang luas untuk berkumpul (gathering). Tiket masuk adalah RM3.00 untuk orang dewasa dan RM1.00 untuk kanak-kanak atas umur 6 tahun. 
  




Hanya satu aspek yang perlu perhatian adalah dari segi penyelenggaran kawasan ini nampaknya kurang dititikberatkan kerana nampak tidak dijaga dengan sempurna.

Wednesday, August 14, 2013

Semenggoh wildlife centre



Pada 13/8/2013(Rabu) - Saya dan keluarga berkunjung ke Pusat Hidupan Liar Semenggok(Semenggok Wildlife Centre) yang terletak di Kota Padawan lebih kurang 12 batu di sebelah tenggara Kuching adalah tempat Pusat Pemuliharan Hidupan Liar untuk Orang Utan. Dengan bayaran masuk RM5.00 orang orang dewasa dan  percuma untuk kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Masa yang sesuai untuk melihat orang hutan di sini adalah pada pukul 9 am dan 3 pm setiap hari kerana pada masa ini mereka akan di beri makan oleh Ranger Taman. Selain dari itu anda boleh juga melihat keindahan hutan dan mempelajari tentang spesies tumbuhan yang terlindung. Berikut kenangan yang dirakam sepanjng kunjungan tersebut.


Orang Utan yang sempat dirakam semasa diberi makanan oleh warden hutan. Kelihatan seekor orang-tan dengan anak yang yang kecil.

Bergambar kenangan di sekitar Pusat Perlindungan

Keindahan hutan hujan Tropika.

Pemandangan sekitar pusat hidupan liar semenggok