Saturday, November 16, 2013
Saturday, August 17, 2013
Jong Crocodile Farm and Zoo
16/8/2013(Jumaat) - Destinasi seterusnya untuk hari ini adalah mengunjungi Jong Crocodile Farm. Terletak di Siburan iaitu batu 17 Jalan Kuching-Serian. Cuaca mendung dan tidak panas pada petang apabila kami sampai pada pukul 2.30 petang. Masa yang sesuai kerana pada pukul 3.00 ptg akan ada pertunjukkan memberi buaya makan. Tiket masuk adalah RM10.00 untuk orang dewasa dan RM5.00 untuk kanak-kanak.
Selain daripada buaya, terdapat juga binatang lain yang terdapat di sini seperti burung merak, biawak, rusa, beruang, memerang, kura-kura, biawak, landak dan monyet dan ikan Araipaima.
Acara kemuncak adalah pertunjukkan memberi makan kepada buaya. Daging akan diikat pada tali dan digantung atas air dan buaya-buaya ini akan melompat menangkap makanan yang disediakan.

Friday, August 16, 2013
Matang Family Park
15/8/2013(Khamis), Matang - Cuti sekolah sekali lagi digunakan untuk membawa keluarga bersantai. Destinasi seterusnya kali ini adalah ke Matang Family Park yang terletak di Matang. Sungguh menyegarkan bila mandi manda di sini. Sedikit info tentang tempat rekreasi ini bagi mereka yang belum pernah dan bercadang ke tempat ini.
Hanya satu aspek yang perlu perhatian adalah dari segi penyelenggaran kawasan ini nampaknya kurang dititikberatkan kerana nampak tidak dijaga dengan sempurna.
Matang Family Park terletak di kaki gunung serapi kira-kira
22km sebelah barat bandaraya Kuching. Meliputi kawasan seluas 7 ekar ia
menyediakan tempat untuk aktiviti keluarga seperti picnic, mandi manda dan
BBQ. Air yang sejuk sangat menyegarkan
untuk aktiviti mandi manda. Kemudahan tempat BBQ, Tandas dan tempat bertukar pakaian, Ruang yang luas untuk berkumpul (gathering). Tiket
masuk adalah RM3.00 untuk orang dewasa dan RM1.00 untuk kanak-kanak atas umur 6
tahun.
Subscribe to:
Posts (Atom)