ISU SEMASA

Monday, November 30, 2009

Kenangan Krismas Tahun 2007

Malam Kebudayaan



Persembahan di Malam kebudayaan.



Tarian Datun Julut Oleh Kaum Ibu Long Dungan, Belaga

Memakai pakaian tradisional kenyah badeng....
Dari kiri we' Longan,we' Sofina,We' Merang,We' Nyuring,We' Maznie,We' Ezlyne and Miss Pang


Keluarga Besar. Ngabang semasa Krismas

Tiga generasi berlainan. Kin, Bek dan Shirley.......................


Permata hatiku...



kecil-kecil dah pandai bergaya anakku sorang ni..haha..



apahal macam bingung jer nak???




Sambutan hari jadi Jayzeryl..Dah masuk 1 tahun..tak terasa dah besar anak aku ni..


Kenapa Gigit Jari nak......


Nyuring n Merang. Mcm kembar tak seiras.......


Jayzeryl with Daddy.......


Jayzeryl, Mummy n Daddy......kat Airport selepas hantar OKO Mai and OKO Ajung balik Bintulu






Pendidikan Keibubapaan

Tips mendidik anak :




1.Berikan contoh yang baik dengan mengajak anak ikut serta pada kegiatan sehari-hari yang positif. - Membersih ruangan rumah, Biasanya anak-anak yang suka bermain-main dengan mainannya akan membuat situasi berselerak di ruangan rumah, ajarlah anak anda untuk membersihkan dan mengemas sendiri barang permainannya setelah selesai bermain. -Membaca buku-buku bacaan. Buku-buku bacaan adalah altenatif guru yang baik. Buku sebagai sumber ilmu yang tiada batas,banyak jenis buku yang boleh dibaca dan membahaskan berbagai tema dan masalah. -Menulis, Anak akan memerhatikan bila orang tua sedang menulis dan akan menirunya dengan membuat ceretan atau contengan biasanya di dinding namun sebaiknya ajar untuk menconteng atau melukis pada buku yang telah disediakan.

2.Berikan contoh untuk mentaati waktu, iaitu waktu bermain, waktu belajar dan waktu tidur. Biasanya anak dibawah lima tahun memerlukan waktu tidur lebih banyak dibandingkan dengan orang dewasa. Sebagai orang tua terutama ibu harus mengajarkan waktu-waktu bila harus bermain dan bila harus beristirehat. Hal ini dilakukan untuk kesihatan anak itu sendiri.

3.Menghindari anak-anak dari hal-hal yang bersifat buruk: -Bertengkar didepan anak-anak, kerana dengan bertengkar didepan anak-anak akan memberikan contoh kekerasan dalam keluarga didepan anak, sehingga boleh menimbulkan trauma psikologi pada si anak itu sendiri. -Membiarkan anak tidak disiplin, kadang didikan keras boleh membentuk disiplin pada si anak , dengan di manja anak tidak boleh bermandiri dan bertanggung jawab. -Memukul anak secara langsung didepan anak-anak yang lain, akan mengakibatkan hilangnya rasa kepercayaan diri si anak. -Bila Ayah sedang mendisplinkan anak untuk tujuan mendidik si ibu tidak boleh membela si anak, sebab bila dibela si anak tidak akan serik bila melakukan kesalahan. Sebaliknya bila Si Ibu pula mendisiplinkan anak bertujuan untuk mendidik,Si ayah pun tidak boleh membela kesalahan anak. Kerjasama and ibu bapa dapat membentuk anak yang baik. -Jangan berikan tontonan baik berupa filem-filem ganas atau drama-drama yang menunjukkan kelakuan yang tidak baik. Ini bertujuan untuk menghindari anak dari sifat-sifat dan kelakuan yang kurang baik dari filem atau drama yanng mereka tontoni.


4. Luangkan waktu bersama anak-anak. Ditengah-tengah kesibukan sebagai orang tua luangkan waktu untuk bermain bersama anak-anak sehingga timbul rasa kasih sayang dan ikatan kekeluargaan.

5. Bila usia anak menjangkau 7 tahun ke atas, anak akan boleh diberikan tangung jawab yang lebih,sehingga tidak terlalu bergantung kepada orang tua

Saturday, November 28, 2009

Dunia Ku......


Dunia IT, dunia tanpa sempadan....di blog ini saya akan kongsikan semua pandangan, luahan, saat manis dan pahit untuk dikongsikan kepada semua org. Nama blog ini diambil sempena aspirasi 4 nama yang sinonim dan sangat bermakna dalam hidupku.......

Siapa aku??

Ini lah gambarku semasa kecil.....

Cute kah!!!?????
Gambar semasa aku berumur 6 Tahun

Identiti tidak penting...perkongsian penting untuk dikongsikan kepada semua.

Selamat datang dan terima kasih atas mengunjungi blog ini.