Perarakan memperagakan pakaian Tradisional.......
Kanak-kanak pun ikut serta.......
Warisan budaya yang tidak akan pudar. Kanak-kanak pun bersama untuk memastikan generasi akan datang tidak lupa akan budaya yang telah diwarisi dari nenek moyang.
Persiapan makanan untuk jamuan. Orang kampung bergotong royong.
Mengambil gambar bersama untuk kenangan manis. Masa ini lah semua yang jauh di perantauan berjumpa, bergumpul dan bertanya khabar berita untuk mengerakkan lagi ikatan persahabatan dan kekeluargaan.
Aktiviti ngabang (budaya kunjung-mengunjung) masih diamalkan.
Pertandingan Tarik Tali Sukaneka..... kanak-kanak.
Pertandingan Bola Sepak Piala Kristmas disertai oleh pasukan bola dari Long Dungan dan Sekapan Panjang
Persembahan Tarian oleh Keriit Leto Long Dungan semasa upacara pembukaan perasmian Piala Kristmas Long Dungan 2009
Bergambar kenangan dengan Ketua Kampung (baju putih).
Pentas Kristmas semasa malam Kristmas....
Permandangan Uma Badeng Long Dungan, Belaga....
Pentas Rohani Kaum Ibu dan Bapa
Pemandangan Pekan Belaga. Tiada yang banyak berubah selepas 5 tahun saya tinggalkan selepas menabur bakti di Daerah ini. Tapi, apa yang dilalui sepanjang berkhidmat di sini membawa beribu-ribu kenangan manis dan pahit yang tidak akan dilupakan.
Menaiki perahu panjang selamat 15 minit dr Pekan Belaga ke Long Dungan. Terpaksa berteduh bawah plywood kerana hujan......Masih lagi lagi pengangkutan utama menghubungkan Long Dungan dengan Pekan Belaga. Diharap tahun depan sudah ada jalan darat terus sampai ke Long Dungan dan ada bekalan letrik luar bandar seperti yang diwarkan.
Admin,boleh tlg dptkan info lebih detail ttg Belaga sekarang?Saya pernah berkhidmat di SRK Airport,1988.Tlg hubungi melalui email saya.
ReplyDeleteBelaga banyak mengalami perubahan...di ulu belaga sekarang telah dibina empangan bakun. Kalau dulu boleh dihubungi melalui jalan air saja menggunakan boat express dr sibu-kapit....skrg anda boleh sampai belaga dr bintulu melalui jalan darat 4 jam sahaja dr bintulu melalui jalan balak. Banyak info yg anda boleh tentang perkembangan di belaga melalui internet.
Delete