27/11/2011 - Staf SMK Tebakang telah mengadakan hari keluarga dan lawatan ke Empangan Batang Ai, Lubuk antu. Tujuan adalah untuk mengeratkan antara warga staf sokongan dan PTS SMK Tebakang. Menggunakan 2 buah bas sekolah yang disewa khas...seramai lebih kurang 90 org telah bertolak pukul 6.30 a.m dr smk tebakang dan singgah sebentar untuk minum pagi di pekan Lachau. Sempat beli salai ikan lajung dan beli buah-buahan tempatan...paling byk buah durian.
Perjalanan seterusnya ke pasar lubuk antu. Kami sampai lebih kurang pukul 11.30 am. Singgah sebentar untuk membeli makanan untuk makan tengahari dan membeli barangan kraf.
Pasar di lubuk antu.....penduduk tempatan menjual pekasam ikan jelawat, salai ikan tilapia dan ikan kaloi. Kasam ikan jelawat lebih kurang macam ikan terubuk masin
Pasar kraf menjual pakaian tradisional orang iban. Harga berpatutan dan agak murah berbanding dengan tempat lain. Boleh tawar menawar. Kami datang agak lewat dan kebanyakkan gerai telah tutup dan perniaga sudah kehabisan brg jualan.
Salah satu kedai barangan murah super store yang di ambil sempena watak kartun popular Jepun, Doremon.
Empangan Batang Ai
Selepas 1 jam berada di lubuk antu, barulah kami bertolak ke Empangan Hidro Batang Ai yang terletak kira-kira 3 km saja jauhnya dari lubuk antu.
Sampai ke empangan batang ai.........perjalanan jauh tidak terasa apabila terlihat pemandangan indah air berwarna hijau dan hembusan angin yang menyamankan
Info ringkas tentang Empangan Batang Ai adalah sebuah empangan hidro elektrik merentasi Sungai Ai, Sarawak (Batang Ai dalam loghat Sarawak). Empangan ini terletak 150 km ke tenggara bandaraya Kuching dan terletak di daerah Engkelilli, bahagian Sri Aman. Stesen janakuasa ini adalah stesen hidroelektrik, dengan 4 turbin dengan keupayaan 25 MW sebuah berjumlah 100 MW kesemuanya. Stesen ini dikendalikan oleh Sarawak Energy (Sesco) Berhad. Sejarah pembinaan dimulakan pada tahun 1982. Apabila kerja alih sungai dimulakan dan disiapkan pada tahun 1984 apabila turbin terakhir siap dipasang. Operasi dimulakan pada tahun 1985.
Pemandangan di sekitar tasik empangan buatan manusia yang menyegarkan dan luas mata memandang
Tempat rehat yang luas untuk aktiviti pelawat yang singgah untuk menikmati keindahan sekitar.
Perahu panjang yang merupakan pengangkutan utama untuk penduduk rumah panjang yang terletak di kawasan empangan batang ai.
Aktiviti BBQ....makan tengahari dan berehat. Tapi, kami tidak dapat lama berada di sini dan terpaksa beredar awal kerana cuaca mendung dan hujan mula turun selepas pukul 2.30pm. Perjalanan balik semula untuk singgah sekejap di bandar Sri Aman. Sepanjang perjalanan hujan lebat.
Bandar Sri Aman
Pemandangan sekitar bandar Sri Aman yang sempat dirakam sebelum hujan turun dengan lebat dan kami meneruskan semula perjalanan balik ke Serian 5.30 pm
8.30pm - Sampai ke stesyen/destinasi bermula dan kembali ke rumah masing-masing. Letih tapi menyeronokkan.
Bandar Sri Aman
Pemandangan sekitar bandar Sri Aman yang sempat dirakam sebelum hujan turun dengan lebat dan kami meneruskan semula perjalanan balik ke Serian 5.30 pm
8.30pm - Sampai ke stesyen/destinasi bermula dan kembali ke rumah masing-masing. Letih tapi menyeronokkan.
Mohon berkongsi gambarnya sebagai bahan PdP saya. Terima kasih.
ReplyDelete