ISU SEMASA

Saturday, May 29, 2010

SELAMAT HARI GAWAI

Selamat Hari Gawai 2010

1 jun setiap tahun adalah Hari Gawai untuk orang Dayak di Sarawak. Perayaan Gawai secara umumnya merujuk kepada beberapa perayaan masyarakat Sarawak, tetapi pada kebiasaannya merujuk kepada pesta menuai Gawai Dayak yang disambut oleh masyarakat Iban dan Bidayuh di Sarawak untuk meraikan tamatnya musim menuai padi. Pesta Gawai juga dikenali sebagai Gawai Dayak. Pesta Gawai pada kebiasaannya disambut pada akhir bulan May atau awal bulan Jun setiap tahun.-
Wikipedia Bahasa Melayu

Selamat Menyambut Hari Gawai...semoga permulaan musim akan datang akan membawa rezeki yang melimpah ruah dan kesihatan yang baik.
"SELAMAT HARI GAWAI"
Sambutan Gawai di Kpg Tubih Mawang, Tebedu, daerah serian Sarawak....


Hiasan digubah yg akan akan dikelilingi oleh penari lelaki dan perempuan semasa Tarian Bilangi


Tarian bilanggi.......

Penari lelaki dengan pakaian tradional moden....


Lakonan simulasi mcm mana org dulu mendapat madu lebah.....

Tarian tradisional yg dulu digunakan utk mengubati org sakit. Org yg sakit dikehendaki duduk dibawah pokok tipu dan seorang penari akan menari mengelilingi pokok tersebut

Generasi baru yg menarikan Tarian Bilangi.......

Saturday, May 8, 2010

SELAMAT HARI IBU(HAPPY MOTHER DAY)

Untuk semua kaum Hawa yang telah bergelar ibu dan yang bakal menjadi ibu. Selamat Hari ibu. Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu yang telah melahirkan kita dan membesarkan kita hingga berjaya. Tanpa ibu siapalah kita.

Saturday, May 1, 2010

Selamat Hari Pekerja (1 MEI 2010)

Selamat HAri Pekerja kepada semua rakyat Malaysia. Baru hari ini ada kesempatan untuk edit blog. Byk perkara yang telah berlalu terutamanya sepanjang bulan April. Kes hangat yang baru selesai...Pilihanraya Kecil Hulu Selangor.....BN menang. Kes Pembuangan bayi semakin menjadi-jadi. Entah ke mana perginya sifat perikemanusiaan. Kematian pelawak dan DJ radio Era terkenal..Din Beramboi kerana deman denggi. Penyanyi Achik Spin...meninggal kerana kemalangan jalan raya. Kes APCO...dan byk lg. Rusuhan baju merah di Thailand...Kes penderaan anak dan pembunuhan....dan byk lagi. Nampaknya dunia ini sedang menuju ke arah keruntuhan akhlak, rusuhan kaum dan sebagainya akibat dr kita telah kurang kepercayaan pada Tuhan. Bersamalah kita berdoa semoga dunia kita dan kehidupan kita sentiasa tenang dan selamat.