ISU SEMASA

Saturday, June 12, 2010

WORLD CUP 2010

2010 FIFA World Cup™

JUARA WORLD CUP
SEPANYOL

TEMPAT KE-2
BELANDA

TEMPAT-3
JERMAN

Wednesday, June 9, 2010

CUTI BERSALIN 90 HARI.....

Tambahan cuti bersalin 30 hari berbayar atau tanpa gaji?

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mengemukakan kepada Kabinet mengenai cadangan memperkenalkan pakej cuti bersalin yang lebih mesra keluarga, termasuk menambah tempoh cuti itu daripada 60 hari kepada 90 hari. Persoalannya, apakah tambahan cuti 30 hari itu wajar diberi dengan bergaji penuh, tanpa gaji atau dikongsi antara suami dan isteri? Ini adalah antara dilema Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dalam membuat keputusan berhubung isu penambahan cuti bersalin. Ketika dihubungi Berita Harian, semalam, Shahrizat berkata, kementerian ketika ini masih memperincikan cadangan itu kerana bimbang pemberian cuti bersalin 90 hari bergaji penuh akan memberi implikasi terhadap kerjaya wanita.

“Kita khuatir mereka tidak akan menjadi sumber tenaga kerja pilihan utama majikan, malah ia juga boleh mengurangkan kadar produktiviti individu,” katanya.

Beliau berkata, inti pati menyeluruh termasuk implikasi setiap saranan membabitkan pakej berkenaan akan dibentangkan ke Kabinet dalam tempoh sebulan dari sekarang.

Pakej itu antara lain merangkumi penambahan bilik penyusuan bayi serta Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di tempat kerja dan pusat komuniti.
Ketika ini, tempoh cuti bersalin untuk wanita adalah 60 hari, manakala cuti bagi suami menjaga isteri ialah tujuh hari untuk sektor awam.

Shahrizat menjelaskan pakej yang masih di peringkat kajian itu, mengambil kira aspek perkongsian tanggungjawab antara suami dan isteri bermula sejak bayi dilahirkan.

Katanya, keperluan untuk menambah cuti kepada suami ketika isteri bersalin bertujuan memberi ruang kepada isteri menumpukan sepenuh perhatian kepada bayi, manakala suami bertindak membantu menguruskan hal ehwal rumah tangga.

“Tambahan Taska adalah aspek penting yang diberi perhatian kerana tanpa kemudahan itu, ia akan menyukarkan wanita untuk memberi tumpuan terhadap tanggungjawab di tempat kerja,” katanya.

Terdahulu, ketika menjawab soalan R Sivarasa (PKR-Subang) pada sidang Dewan Rakyat, Shahrizat berkata, kerajaan mengambil langkah perlu bagi meningkatkan bilangan wanita yang bekerja.

"Kita meminda Akta Kerja 1955 bagi menyediakan peruntukan untuk menggalakkan golongan ibu tunggal dan suri rumah bekerja separa masa.

“Kerajaan juga mewujudkan portal JobsMalaysia bagi memudahkan wanita yang tidak bekerja mendaftar untuk membolehkan mereka dipadankan dengan pekerjaan sesuai," katanya.

Beliau berkata, kerajaan turut mewujudkan program bekerja dari rumah dan sehingga Mac tahun ini, 2,458 wanita mendapat tawaran pekerjaan di 139 syarikat melalui kaedah berkenaan.

Shahrizat berkata, kementerian juga menggalakkan pusat jagaan kanak-kanak diwujudkan di tempat kerja bagi membantu wanita yang bekerja mengatasi masalah penjagaan anak.
- BERITA HARIAN, 9.6.2010