Saturday, March 19, 2011
PILIHANRAYA UMUM SARAWAK 2011
Tahun 2011 adalah yang sekali lagi kita akan menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara iaitu untuk turun mengundi dan menentukan arah tuju dan tampuk kepimpinan negeri untuk 5 tahun lagi. Ura-ura mengatakan bahawa DUN Sarawak akan dibubarkan ada 21.3.2011 (Isnin). Dengan pembubaran DUN bermaksud bermulalah kempen parti utk menarik pengundi. Jadi, gunakan hak kita sebagai pengundi dengan bijak. Pastikan kita mengundi parti yang betul-betul boleh membawa kemajuan dan keteguhan ekonomi negeri kita. Atau kita ingin mempertaruhkan apa yang kita ada sekarang dengan membawa perubahan pada tampuk kepimpinan sekarang. Apapun pilihan kita...Undi adalah rahsia...mengundilah dengan bijak.
Tsunami Jepun 2011
Salam takziah dan simpati kepada penduduk di Jepun atas musibah yg melanda baru-baru ini dilanda gempa bumi dan Tsunami yg besar dan mengakibatkan banyak nyawa terkorban dan harta benda musnah. Semoga rakyat Jepun dapat bangkit semula dan bersabar atas ujian getir yg dilalui di tambah lagi dgn letupan loji nuklear yg mengakibatkan pencemaran bahan radioaktif. Kita di Malaysia khususnya di Sarawak harus bersyukur kerana negara kita stabil dan aman dari segi politik, ekonomi dan jauh dr bahaya bencana alam seperti gempa bumi......bersyukur lah kita.
Subscribe to:
Posts (Atom)