ISU SEMASA

Tuesday, June 7, 2011

Selamat Gawai 2011

GAWAI 2011 (KPG TUBIH)

1 dan 2 Jun 2011 setiap tahun adalah merupakan cuti umum di Sarawak di mana semua bangsa Dayak di Sarawak akan menyambut Hari Gawai. Perayaan Gawai disambut oleh masyarakat Iban dan Bidayuh di Sarawak untuk meraikan tamatnya musim menuai padi. Pesta Gawai di Sarawak disambut dengan meriah di bandar-bandar dan di desa dengan persembahan tarian tradisional pada malam 31/5, minuman tuak 'arak beras', dan bersuka-ria. Budaya rumah terbuka 'ngabang' menjadi satu kemestian. Masa ini lah masa untuk keluarga berkumpul dan menziarahi kawan-kawan dan saudara mara yang jauh dan dekat. Perayaan Gawai juga dimeriahkan dengan pertandingan sukan dan permainan tradisional untuk mengeratkan berhubungan antara masyarakat.

Tarian bilangi ditarikan oleh penari lelaki sebagai kemuncak perayaan sambutan.

Pada sebelah malam, aktiviti perayaan gawai di sambung dengan tarian tradisional dan diselang seli dengan aktiviti hiburan seperti berkarouke dan menari sampai pagi. Sebelah pagi pula disambung dengan aktiviti ngabang. Upacara untuk memberkati benih padi yang akan ditanam untuk musim baru diadakan untuk memohon keberkatan dan doa restu supaya hasil padi akan datang akan meningkat berlipat kali ganda.


SAMBUTAN GAWAI DI KPG TUBIH SG UJAN PADA 31 MEI 2011.




PERHIASAN BERUPA POKOK YANG DIHIASI DENGAN MINUMAN DAN MAKANAN DIDIRIKAN DITENGAH BALAI RAYA SEBAGAI SIMBOLIK HASIL TUAIAN PADI YANG LUMAYAN TAHUN INI.

Budaya 'ngabang' mengeratkan hubungan persaudaraan dan melawat kawan-kawan yang telah lama tidak bertemu.