Akhirnya, parlimen telah dibubarkan pada 3 April 2013 selepas rakyat berteka-teki dan tertunggu-tunggu. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melalui Pengerusinya, Tan
Sri Abdul Aziz Yusof mengumumkan selepas
mempengerusikan mesyuarat khas suruhanjaya itu di ibu pejabat SPR menetapkan tarikh bagi
penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) adalah pada 20 April
manakala hari mengundi pula pada 5 Mei depan.
BARISAN NASIONAL |
Maka, selepas pembubaran tersebut keluarlah Manifesto BN dan Manifesto Pembangkang (Pakatan Rakyat) untuk menyerahkan kepada rakyat untuk membuat undian memilih kerajaan baru hasil pilihan rakyat melalui proses demokrasi.
Adakah Barisan Nasional (BN) yang telah mengekalkan tampuk pemerintahan selama 55 tahun akan terus kekal atau angin perubahan pakatan pembangkang (PKR, PAS dan DAP) berupaya mengajak rakyat untuk memberi peluang kepada wujudnya kerajaan yang baru?
Semestinya, Barisan Nasional akan mewar-warkan rekod kejayaan dan kecemerlangan mereka semasa memegang tampuk pemerintahan selama ini dan janji akan diberi jika diberi keyakinan untuk terus memerintah manakala Pihak Pakatan Rakyat akan menggunakan peluang ini untuk membongkar segala kelemahan BN semasa memerintah sebagai isu untuk menyakinkan rakyat untuk memilih mereka dan menukar kerajaan.
PAKATAN RAKYAT (PKR, DAP, PAS) |
Kalau di Sarawak, isu hangat yang menjadi modal pembangkang adalah isu rasuah, penyelewang kuasa, isu tanah NCR, Pendedahan video penyelewengan kuasa,pengambilan tanah, isu tanah NCR akan menjadi bahan kempen utama yang melibatkan Ketua Menteri YB Pehin Seri Taib hasil pendedahan oleh Global Witness. Isu setempat contohnya Pembinaan empangan di Baram dan isu tanah NCR di Melikin akan digunakan sepenuhnya oleh pihak pembangkang.
Harapan kita, biarlah proses demokrasi berlaku dengan keadaan aman dan tiada timbul kekecohan yang boleh mengancham keselamatan negara. Kuasa di tangan anda. Undi lah dengan bijak.
KUASA MENGUNDI DI TANGAN ANDA
Untuk anda yang telah berumur 21 tahun ke atas dan telah mendaftar sebagai pemilih bolehlah menyemak tempat dan daerah mengundi masing-masing di laman wen Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) pada laman sesawang berikut :
http://daftarj.spr.gov.my/
Untuk anda yang telah berumur 21 tahun ke atas dan telah mendaftar sebagai pemilih bolehlah menyemak tempat dan daerah mengundi masing-masing di laman wen Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) pada laman sesawang berikut :
http://daftarj.spr.gov.my/