ISU SEMASA

Saturday, February 6, 2010

Aktiviti Semasa SMK Tebakang Tahun 2010

KEJOHANAN OLAHRAGA ANTARA RUMAH SUKAN
SMK TEBAKANG TAHUN 2010
(10 -11 Februari 2010)

SMK Tebakang telah mengadakan kejohanan Olahraga antara Rumah Sukan bertempat di padang sekolah. Acara padang telah dimulakan awal telah bermula 2 Februari 2010 melibatkan acara Lompat tinggi. Lompat Jauh, Lompat Kijang, Lontar Peluru, Merejam lembing dan Melempar Cakera.

Acara kemuncak adalah acara balapan yang telah diadakan pada 10 -11 Februari 2010. Majlis dirasmikan oleh YB Datuk Richard Riot Ak Jaem, Ahli Parlimen Malaysia kawasan Serian pada 11 Februari 2010.

Keputusan keseluruhan, Rumah Silabur masih unggul mengekalkan kejuaran keseluruhan untuk 11 tahun berturut-turut di bawah Pengurusan Cikgu Nyipa. Tahniah buat semua murid dan para staf yang telah berjaya mengelolakan Kejohanan tersebut.


Sambutan Kedatangan YB Datuk Richard Riot untuk merasmikan acara pembukaan.


Acara larian saringan 100M untuk Perempuan A

Perbarisan lintas hormat. Kelihatan kontigen dari Rumah Sukan yang mengambil bahagian. Rumah Silabur, Rumah Simuja, Rumah Sipadang, Rumah Sangking, Rumah Rawan dan Rumah Sadong. Nama rumah di ambil sempenan dengan nama gunung yang terdapat disekitar sekolah/kawasan serian.

Acara 800M akhir Perempuan. Bersedia untuk dilepaskan selepas mendengar taklimat dari pembantu pelepas.

Penonton dan penyokong di Padang sekolah untuk emberi sokongan kepada atlit yang mengambil bahagian


Perbarisan acara lintas hormat oleh Pasukan Unit Beruniform.


Pondok Rumah Sukan tercantik dimenangi oleh Rumah Sadong. Arkitek adalah Cikgu Edmund selakuk Pengurus Rumah Sadong untuk Tahun 2010. Tahniah.



MESYUARAT AGUNG PIBG 2010 (6 FEBRUARI 2010)


SMK Tebakang telah mengadakan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) pada 6 Februari 2010 (Sabtu). Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Sri Michael Manyin Anak Jawong, Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Sarawak.

Objektif mesyuarat adalah untuk mengeratkan hubungan pihak sekolah dengan ibu bapa. Lebih dari 700 orang ibu bapa telah hadir. Pada mesyuarat tersebut En Marcos Nyandang telah dilantik semula menjadi YDP PIBG dan Naib YDP adalah En Drahman.



Acara sambutan kedatangan YB Datuk Sri dengan sambutan bunga manggar dan paluan gong serta gironcong. Turut serta mengiringi kehadiran YB Datuk Sri adalah Pegawai Daerah Serian, En Sindi Muling, Wakil PPD Serian, En Barnabas, Ketua-ketua Jabatan kerajaan, Penghulu, Ketua-ketua masyarakat dan para ibu bapa


Kehadiran YB Datuk Sri dimulai dengan pemeriksaan perbarisan Unit-unit Beruniform SMK Tebakang (Kadet Bomba, Kadet Polis, KRS dan KAPA)

Perbarisan Unit-unit Beruniform SMK Tebakang 2010.


Sambutan Tarian di Foyer sekolah

Sambutan kehadiran YB Datuk Sri Michael Manyin Ak Jawong serta rombongan dengan Tarian Bidayuh Bilanggi Pengadap.

No comments:

Post a Comment