Rasanya dah 3 bulan blog ini saya tidak kemaskinikan...maklumlah sibuk dengan tugas kerja harian yang membataskan ruang waktu. Tapi yang amat bermakna untuk bulan ini adalah bulan kemerdekaan negara dengan tema " 1Malaysia, Menjana Transformasi". Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia utk semua rakyat Malaysia. Namun, disebalik kita menyambut hari kemerdekaan negara, kita rasa tercabar dan terhina dengan insiden pembakaran jalur gemilang dan pembuangan bungkusan najis ke dalam pintu pagar kedutaan Malaysia di Jakarta oleh Kumpulan yang menggelarkan diri mereka Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA).

Insiden ini adalah susulan dari peristiwa berlaku pada 13 Ogos di perairan Malaysia-Indonesia berhampiran Pulau Bintan-Riau apabila bahagia penguatkuasaan Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia menahan tujuh nelayan Malaysia, sementara Polis Maritim Malaysia pula menahan tiga pegawai penguatkuasaan kementerian Indonesia itu. (sumber , Berita Harian).

Saya berharap, perselisihan faham ini dapat diselesaikan dengan baik untuk menjamin keamaan negara kita. Kita tidak nak sentimen anti-Malaysia sampai wujudnya kumpulan Ganyang Malaysia, aktiviti 'sweeping malaysia" hingga kita rakyat kita rasa terancam. Kita tidak hendak ada lagi wujudnya Konfrontasi di awal kemerdekaan kita dahulu seperti yang berlalu di dahulu.
No comments:
Post a Comment