ISU SEMASA

Saturday, February 6, 2010

Aktiviti Semasa SMK Tebakang Tahun 2010

KEJOHANAN OLAHRAGA ANTARA RUMAH SUKAN
SMK TEBAKANG TAHUN 2010
(10 -11 Februari 2010)

SMK Tebakang telah mengadakan kejohanan Olahraga antara Rumah Sukan bertempat di padang sekolah. Acara padang telah dimulakan awal telah bermula 2 Februari 2010 melibatkan acara Lompat tinggi. Lompat Jauh, Lompat Kijang, Lontar Peluru, Merejam lembing dan Melempar Cakera.

Acara kemuncak adalah acara balapan yang telah diadakan pada 10 -11 Februari 2010. Majlis dirasmikan oleh YB Datuk Richard Riot Ak Jaem, Ahli Parlimen Malaysia kawasan Serian pada 11 Februari 2010.

Keputusan keseluruhan, Rumah Silabur masih unggul mengekalkan kejuaran keseluruhan untuk 11 tahun berturut-turut di bawah Pengurusan Cikgu Nyipa. Tahniah buat semua murid dan para staf yang telah berjaya mengelolakan Kejohanan tersebut.


Sambutan Kedatangan YB Datuk Richard Riot untuk merasmikan acara pembukaan.


Acara larian saringan 100M untuk Perempuan A

Perbarisan lintas hormat. Kelihatan kontigen dari Rumah Sukan yang mengambil bahagian. Rumah Silabur, Rumah Simuja, Rumah Sipadang, Rumah Sangking, Rumah Rawan dan Rumah Sadong. Nama rumah di ambil sempenan dengan nama gunung yang terdapat disekitar sekolah/kawasan serian.

Acara 800M akhir Perempuan. Bersedia untuk dilepaskan selepas mendengar taklimat dari pembantu pelepas.

Penonton dan penyokong di Padang sekolah untuk emberi sokongan kepada atlit yang mengambil bahagian


Perbarisan acara lintas hormat oleh Pasukan Unit Beruniform.


Pondok Rumah Sukan tercantik dimenangi oleh Rumah Sadong. Arkitek adalah Cikgu Edmund selakuk Pengurus Rumah Sadong untuk Tahun 2010. Tahniah.



MESYUARAT AGUNG PIBG 2010 (6 FEBRUARI 2010)


SMK Tebakang telah mengadakan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) pada 6 Februari 2010 (Sabtu). Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Sri Michael Manyin Anak Jawong, Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Sarawak.

Objektif mesyuarat adalah untuk mengeratkan hubungan pihak sekolah dengan ibu bapa. Lebih dari 700 orang ibu bapa telah hadir. Pada mesyuarat tersebut En Marcos Nyandang telah dilantik semula menjadi YDP PIBG dan Naib YDP adalah En Drahman.



Acara sambutan kedatangan YB Datuk Sri dengan sambutan bunga manggar dan paluan gong serta gironcong. Turut serta mengiringi kehadiran YB Datuk Sri adalah Pegawai Daerah Serian, En Sindi Muling, Wakil PPD Serian, En Barnabas, Ketua-ketua Jabatan kerajaan, Penghulu, Ketua-ketua masyarakat dan para ibu bapa


Kehadiran YB Datuk Sri dimulai dengan pemeriksaan perbarisan Unit-unit Beruniform SMK Tebakang (Kadet Bomba, Kadet Polis, KRS dan KAPA)

Perbarisan Unit-unit Beruniform SMK Tebakang 2010.


Sambutan Tarian di Foyer sekolah

Sambutan kehadiran YB Datuk Sri Michael Manyin Ak Jawong serta rombongan dengan Tarian Bidayuh Bilanggi Pengadap.

Saturday, January 30, 2010

DEMAN CHIKUNGUNYA

Saya amat tertarik menulis mengenai isu ini kerana ia penyakit bawaan nyamuk ini merupakan satu wabak yang kian menular. Saya teringat akan jawapan pelajar saya bila ditanya apa nama penyakit disebabkan oleh nyamuk? Dengan cepat mereka menjawab, "Chikunguya". Terdapat rakan mereka tidak hadir kerana menghidap demam tersebut. Alahai, kalau dulu kempen memerangi demam malaria dan denggi, sekarang Demam Chikunguya pula. Walaupun penyakit ini bukan penyakit yang baru tetapi simptom seperti Demam Denggi.

Bermula di semenanjung,sekarang ia telah mula menular di kawasan Sarawak dan angka pengidapnya semakin bertambah terutama sekarang musim hujan. Makin banyaklah tempat yang boleh menakung air dan membiak nyamuk. Walau bagaimanapun penyakit ini setakat ini tiada menyebabkan kematian tetapi kita kawal dan cegah dari ia merebak. Bersamalah kita menjaga kebersihan persekitaran. Mencegah adalah lebih baik dari merawat. Di sini ada sedikit maklumat tentang Demam Chikunguya dari laman Kementerian Kesihatan Malaysia.


FAKTA-FAKTA MENGENAI PENYAKIT CHIKUNGUNYA
1. Apa itu Penyakit Chikungunya?
Chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk. Chikungunya pertama kali dikesan melalui ujian darah di Tanzania pada tahun 1953. Semenjak itu ia berlaku di negara-negara Afrika, Asia dan akhir-akhir ini ia berlaku di beberapa buah tempat di Negara Eropah. Ia endemik (selalu berlaku) di kebanyakan negara Sub Sahara Afrika, India, Asia Tenggara, Indonesia dan Filipina. Ia bukanlah satu penyakit misteri yang tidak diketahui puncanya.

2. Bagaimana penyakit ini boleh berlaku?
Chikungunya adalah demam yang disebabkan oleh virus daripada genus Alphavirus di dalam keluarga Togaviridae.

3. Adakah ia berjangkit?
Ya. Virus Chikungunya berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes albopictus atau Aedes aegypti yang membawa virus tersebut. Nyamuk Aedes juga menyebarkan virus penyakit demam denggi.

4. Apakah masa pengeraman bagi Chikungunya?
Masa pengeraman bagi Chikungunya boleh menjangkau dari 3 hingga 12 hari tetapi pada kebiasaannya di antara dari 3 hingga 7 hari.

5. Apakah tanda-tanda dan gejala penyakit ini?
· Demam panas mengejut
· Sakit teruk pada sendi
· Ruam pada badan
· Sakit kepala Seorang pesakit boleh demam dari dari 1 hingga 7 hari (kebiasaannya 5 hari).
Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi.

6. Adakah penyakit ini boleh membawa maut?
Di Malaysia, Chikungunya tidak pernah dilaporkan boleh menyebabkan pendarahan atau kematian. Tetapi, sesetengah pesakit mengalami gejala yang berpanjangan. Pesakit yang berumur boleh mengalami kesakitan berulang pada sendi sehingga beberapa bulan atau tahun.

7. Apakah rawatan bagi penyakit ini?
Seperti penyakit-penyakit yang disebabkan oleh virus, ia tiada rawatan yang khusus. Selalunya rawatan diberi berdasarkan gejala klinikal yang dialami oleh seseorang pesakit. Kebanyakan kes yang terjadi hanya memerlukan rawatan pesakit luar sahaja. Tiada vaksin bagi penyakit ini.

8. Apakah yang perlu dilakukan jika dijangkiti penyakit?
Jika mengalami tanda-tanda dan gejala penyakit Chikungunya, orang ramai adalah dinasihatkan segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat.

9. Cara pencegahan penyakit Chikungunya
· Bersihkan kawasan rumah dan persekitaran supaya bebas daripada tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti gotong royong. Adalah terbukti tiada kes baru yang dilaporkan di kawasan-kawasan yang melakukan gotong- royong.
· Periksa rumah dan persekitaran sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes.
· Dapatkan rawatan dengan segera di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami tanda dan gejala penyakit.

10. Bolehkah kawasan saya dijangkiti penyakit Chikungunya?
Boleh, kerana penyakit ini dibawa oleh nyamuk Aedes albopictus dan Aedes aegypti yang terdapat di negara kita.

sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Sunday, January 3, 2010

Christmas 2009 Long Dungan, Belaga

Keriit Leto.........with Tradistional Kenyah Costume.....

Perarakan memperagakan pakaian Tradisional.......

Kanak-kanak pun ikut serta.......


Warisan budaya yang tidak akan pudar. Kanak-kanak pun bersama untuk memastikan generasi akan datang tidak lupa akan budaya yang telah diwarisi dari nenek moyang.

Persiapan makanan untuk jamuan. Orang kampung bergotong royong.

Mengambil gambar bersama untuk kenangan manis. Masa ini lah semua yang jauh di perantauan berjumpa, bergumpul dan bertanya khabar berita untuk mengerakkan lagi ikatan persahabatan dan kekeluargaan.

Aktiviti ngabang (budaya kunjung-mengunjung) masih diamalkan.


Pertandingan Tarik Tali Sukaneka..... kanak-kanak.

Pertandingan Bola Sepak Piala Kristmas disertai oleh pasukan bola dari Long Dungan dan Sekapan Panjang


Persembahan Tarian oleh Keriit Leto Long Dungan semasa upacara pembukaan perasmian Piala Kristmas Long Dungan 2009


Bergambar kenangan dengan Ketua Kampung (baju putih).

Pentas Kristmas semasa malam Kristmas....


Permandangan Uma Badeng Long Dungan, Belaga....


Pentas Rohani Kaum Ibu dan Bapa


Pemandangan Pekan Belaga. Tiada yang banyak berubah selepas 5 tahun saya tinggalkan selepas menabur bakti di Daerah ini. Tapi, apa yang dilalui sepanjang berkhidmat di sini membawa beribu-ribu kenangan manis dan pahit yang tidak akan dilupakan.


Menaiki perahu panjang selamat 15 minit dr Pekan Belaga ke Long Dungan. Terpaksa berteduh bawah plywood kerana hujan......Masih lagi lagi pengangkutan utama menghubungkan Long Dungan dengan Pekan Belaga. Diharap tahun depan sudah ada jalan darat terus sampai ke Long Dungan dan ada bekalan letrik luar bandar seperti yang diwarkan.

Jalan Balak menghubungkan Simpang Tubau, Bakun ke Pekan Belaga. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3-4 Jam melalui Jalan Bertar yang berlubang, berlopak dan melalui Jalan Balak yang becak terutamanya semasa musim hujan.

Simpang Bakun. Tempat persinggahan sebelum meneruskan perjalanan.

Kereta Pacuan 4 Roda singgah di simpang bakun sebelum meneruskan perjalanan.