ISU SEMASA

Sunday, September 5, 2010

Selamat Hari Kebangsaan, 31 Ogos dan Hari Malaysia, 16 September

HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA, 16 SEPTEMBER 2010

Rasanya dah 3 bulan blog ini saya tidak kemaskinikan...maklumlah sibuk dengan tugas kerja harian yang membataskan ruang waktu. Tapi yang amat bermakna untuk bulan ini adalah bulan kemerdekaan negara dengan tema " 1Malaysia, Menjana Transformasi". Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia utk semua rakyat Malaysia. Namun, disebalik kita menyambut hari kemerdekaan negara, kita rasa tercabar dan terhina dengan insiden pembakaran jalur gemilang dan pembuangan bungkusan najis ke dalam pintu pagar kedutaan Malaysia di Jakarta oleh Kumpulan yang menggelarkan diri mereka Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA).


Insiden ini adalah susulan dari peristiwa berlaku pada 13 Ogos di perairan Malaysia-Indonesia berhampiran Pulau Bintan-Riau apabila bahagia penguatkuasaan Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia menahan tujuh nelayan Malaysia, sementara Polis Maritim Malaysia pula menahan tiga pegawai penguatkuasaan kementerian Indonesia itu. (sumber , Berita Harian).



Aduh, memang ketegangan antara Malaysia-Indonesia memang timbul dan tenggelam dari dulu lagi. Isu Tarian Pendek, Isu Pembantu Rumah yang didera, Isu Lagu Kebangsaan Negaraku yang dikatakan diciplak dr Lagu Terang Bulan, Lagu 'Rakyat Rasa sayang eh' dan banyak lagi isu lain yang menyebabkan negara kita digelar "Malingsia" menimbulkan byk ketegangan yang menunggu masa meledak jika kita tidak dapat menyelesaikan perselisihan faham ini dengan baik melalui semangat serumpun.



Saya berharap, perselisihan faham ini dapat diselesaikan dengan baik untuk menjamin keamaan negara kita. Kita tidak nak sentimen anti-Malaysia sampai wujudnya kumpulan Ganyang Malaysia, aktiviti 'sweeping malaysia" hingga kita rakyat kita rasa terancam. Kita tidak hendak ada lagi wujudnya Konfrontasi di awal kemerdekaan kita dahulu seperti yang berlalu di dahulu.

Saturday, June 12, 2010

WORLD CUP 2010

2010 FIFA World Cup™

JUARA WORLD CUP
SEPANYOL

TEMPAT KE-2
BELANDA

TEMPAT-3
JERMAN

Wednesday, June 9, 2010

CUTI BERSALIN 90 HARI.....

Tambahan cuti bersalin 30 hari berbayar atau tanpa gaji?

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mengemukakan kepada Kabinet mengenai cadangan memperkenalkan pakej cuti bersalin yang lebih mesra keluarga, termasuk menambah tempoh cuti itu daripada 60 hari kepada 90 hari. Persoalannya, apakah tambahan cuti 30 hari itu wajar diberi dengan bergaji penuh, tanpa gaji atau dikongsi antara suami dan isteri? Ini adalah antara dilema Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dalam membuat keputusan berhubung isu penambahan cuti bersalin. Ketika dihubungi Berita Harian, semalam, Shahrizat berkata, kementerian ketika ini masih memperincikan cadangan itu kerana bimbang pemberian cuti bersalin 90 hari bergaji penuh akan memberi implikasi terhadap kerjaya wanita.

“Kita khuatir mereka tidak akan menjadi sumber tenaga kerja pilihan utama majikan, malah ia juga boleh mengurangkan kadar produktiviti individu,” katanya.

Beliau berkata, inti pati menyeluruh termasuk implikasi setiap saranan membabitkan pakej berkenaan akan dibentangkan ke Kabinet dalam tempoh sebulan dari sekarang.

Pakej itu antara lain merangkumi penambahan bilik penyusuan bayi serta Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di tempat kerja dan pusat komuniti.
Ketika ini, tempoh cuti bersalin untuk wanita adalah 60 hari, manakala cuti bagi suami menjaga isteri ialah tujuh hari untuk sektor awam.

Shahrizat menjelaskan pakej yang masih di peringkat kajian itu, mengambil kira aspek perkongsian tanggungjawab antara suami dan isteri bermula sejak bayi dilahirkan.

Katanya, keperluan untuk menambah cuti kepada suami ketika isteri bersalin bertujuan memberi ruang kepada isteri menumpukan sepenuh perhatian kepada bayi, manakala suami bertindak membantu menguruskan hal ehwal rumah tangga.

“Tambahan Taska adalah aspek penting yang diberi perhatian kerana tanpa kemudahan itu, ia akan menyukarkan wanita untuk memberi tumpuan terhadap tanggungjawab di tempat kerja,” katanya.

Terdahulu, ketika menjawab soalan R Sivarasa (PKR-Subang) pada sidang Dewan Rakyat, Shahrizat berkata, kerajaan mengambil langkah perlu bagi meningkatkan bilangan wanita yang bekerja.

"Kita meminda Akta Kerja 1955 bagi menyediakan peruntukan untuk menggalakkan golongan ibu tunggal dan suri rumah bekerja separa masa.

“Kerajaan juga mewujudkan portal JobsMalaysia bagi memudahkan wanita yang tidak bekerja mendaftar untuk membolehkan mereka dipadankan dengan pekerjaan sesuai," katanya.

Beliau berkata, kerajaan turut mewujudkan program bekerja dari rumah dan sehingga Mac tahun ini, 2,458 wanita mendapat tawaran pekerjaan di 139 syarikat melalui kaedah berkenaan.

Shahrizat berkata, kementerian juga menggalakkan pusat jagaan kanak-kanak diwujudkan di tempat kerja bagi membantu wanita yang bekerja mengatasi masalah penjagaan anak.
- BERITA HARIAN, 9.6.2010