ISU SEMASA

Sunday, September 5, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

SALAM AIDILFITRI

Sedar tidak sedar, sudah masuk 3 minggu sudah umat Islam mengamalkan ibadat puasa. Tidak lama lagi nak menyambut Hari Raya. Kehangatan sambutan makin terasa dengan bermulanya cuti persekolahan dengan hangatnya suasana balik kampung. Semoga selamat bercuti, selamat kembali ke kampung halaman dan dapat bersama keluarga tercinta. Berhati-hati dijalan raya...awas jangan bawa kereta laju-laju.

Kesempatan ini, saya mengucapkan



" SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI "

untuk semua rakan taulan, kenalan, saudara dan rakyat Malaysia yang beragama Islam.
Ikhlas dari
Amai Nyuring & We Nyuring
dan keluarga






Selamat Hari Kebangsaan, 31 Ogos dan Hari Malaysia, 16 September

HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA, 16 SEPTEMBER 2010

Rasanya dah 3 bulan blog ini saya tidak kemaskinikan...maklumlah sibuk dengan tugas kerja harian yang membataskan ruang waktu. Tapi yang amat bermakna untuk bulan ini adalah bulan kemerdekaan negara dengan tema " 1Malaysia, Menjana Transformasi". Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia utk semua rakyat Malaysia. Namun, disebalik kita menyambut hari kemerdekaan negara, kita rasa tercabar dan terhina dengan insiden pembakaran jalur gemilang dan pembuangan bungkusan najis ke dalam pintu pagar kedutaan Malaysia di Jakarta oleh Kumpulan yang menggelarkan diri mereka Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA).


Insiden ini adalah susulan dari peristiwa berlaku pada 13 Ogos di perairan Malaysia-Indonesia berhampiran Pulau Bintan-Riau apabila bahagia penguatkuasaan Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia menahan tujuh nelayan Malaysia, sementara Polis Maritim Malaysia pula menahan tiga pegawai penguatkuasaan kementerian Indonesia itu. (sumber , Berita Harian).



Aduh, memang ketegangan antara Malaysia-Indonesia memang timbul dan tenggelam dari dulu lagi. Isu Tarian Pendek, Isu Pembantu Rumah yang didera, Isu Lagu Kebangsaan Negaraku yang dikatakan diciplak dr Lagu Terang Bulan, Lagu 'Rakyat Rasa sayang eh' dan banyak lagi isu lain yang menyebabkan negara kita digelar "Malingsia" menimbulkan byk ketegangan yang menunggu masa meledak jika kita tidak dapat menyelesaikan perselisihan faham ini dengan baik melalui semangat serumpun.



Saya berharap, perselisihan faham ini dapat diselesaikan dengan baik untuk menjamin keamaan negara kita. Kita tidak nak sentimen anti-Malaysia sampai wujudnya kumpulan Ganyang Malaysia, aktiviti 'sweeping malaysia" hingga kita rakyat kita rasa terancam. Kita tidak hendak ada lagi wujudnya Konfrontasi di awal kemerdekaan kita dahulu seperti yang berlalu di dahulu.

Saturday, June 12, 2010

WORLD CUP 2010

2010 FIFA World Cup™

JUARA WORLD CUP
SEPANYOL

TEMPAT KE-2
BELANDA

TEMPAT-3
JERMAN