ISU SEMASA

Friday, August 24, 2012

Kuching Waterfront

Tebingan Kuching adalah merupakan salah satu destinasi perlancongan atau tempat yang wajib dikunjungi dan dilawati kalau datang ke bandaraya Kuching. Sempat juga berjalan sepanjang Jalan Gambir untuk membeli kain batik dan langsir. Tebingan sepanjang Jalan Gambir dulu merupakan Pasar Sayur, Daging dan buah-buahan yang telah dipindahkan ke Pasar Stutong. Tebingan ini telah dibangunkan menjadi Waterfront bersambungan dengan Tebingan Kuching yang sedia ada. Inilah sebahagian permandangan yang di ambil pada 23 Ogos 2012.

Pemandangan sekitar waterfront Kuching. Suasana agak berjerebu.Pemandangan cantik dengan Dewan Undangan Negeri dan Astana di seberang Sg. Sarawak.

Sempat mengunjungi kedai kain untuk membeli kain batik dan mencari langsir.  



Thursday, August 23, 2012

Terminal Boat Express Penumpang Kuching

Hari ini, aku kesempatan ke Terminal Penumpang Boat Express Kuching untuk mengambil  abang ipar dan anaknya yang menggunakan Bot Express datang dari Sibu. Bot express bertolak dari Sibu pukul 11.30 am dan sampai ke Kuching selepas singgah di Sarikei, Tanjung Manis lebih kurang pukul 4.30am. Tempoh berjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam. Saya, isteri dan anak-anak turun awal  dan sampai lebih kurang 3.30am. Satu jam lebih awal. sementara menunggu, sempatlah berjalan melihat keadaan di Terminal Penumpang Kuching ini. Keadaan agak lengang dan yang kelihatan hanyalah beberapa Pegawai Lembaga Sungai dan Pemandu Teksi yang menunggu penumpang apabila bot sampai. Hanya satu gerai kecil dibuka menjual minuman, keropok dan makanan ringan.

Keadaan Terminal Penumpang Kuching

Kelihatan bangunan Borneo Convention Centre (BCC) yang terletak di seberang sungai

Gerai kecil yang menjual makanan dan minuman untuk penumpang dan pegawai yang bertugas

Bahagian depan Terminal yang lengang. 

Sempar juga anak kecilkku mengambil gambar di dermaga

Boat Express Bahagia No.8 yang baru sampai lebih kurang pukul 4.30pm

Bot Express menuju ke terminal untuk menurunkan penumpang
Penggunaan bot ekpress air adalah salah satu cara alternatif selain jalan darat dan udara untuk pergi ke Sibu dan Sarikei dari Kuching atau sebaliknya. Kalau dari segi tambang, agak murah dan selesa. Mungkin jika berkunjung ke Sibu atau balik dari Sibu ke kuching, saya memilih menggunakan pilihan pengangkutan ini. Perjalanan yang agak jauh tidak terasa dengan menikmati tayangan video yang ditayangkan sepanjang perjalanan atau menikmati pemadangan dilaut dan sungai diluar sepanjang perjalanan. Tapi awas, bagi mereka yang mudah mabuk laut, mungkin ada masalah.

Lawatan Rumah Ke Kampung Mujat 2012


Saya berkesempatan untuk mengunjungi rumah salah seorang murid yang telah kehilangan bapa untuk menyampaikan sumbangan wang dan makanan melalui JK Kebajikan Murid ke Kampung Mujat, Jalan Mongkos, Tebakang. Yang menarik tentang kampung ini adalah ia masih lagi mempunyai rumah panjang tradisional Bidayuh.  Saya sempat merakamkan beberapa gambar yang boleh dikongsi di dalam blog saya ini. 



Longhouse. Rumah Panjang yang mempunyai lebih kurang 60 pintu

Keadaan di ruai rumah panjang yang diperbuat dari lantai buluh. Masih kelihatan guni-guni padi hasil tuaian pada tahun ini. 

Mesin pengipas hampas padi buatan sendiri yang diguna untuk mengasingkan padi yang berisi dari biji padi yang kosong. Padi yang telah diasingkan dari tangkai akan dituangkan dibahagian atas dan diputar bilah kipas menghasilkan angin. Padi yang berat akan jatuh ke bawah melalui ruang khas dan dikumpulkan manakala yang kosong akan ditiup angin keluar kerana ringan.
Suasana keadaan rumah panjang tradisional yang masih menggunakan tangga  kayu untuk naik ke bahagian ruai atau beranda. Masih kelihatan ariel TV yang dipacak tinggi menggunakan tiang buluh untuk mendapat siaran TV.
Bergambar kenangan