ISU SEMASA

Sunday, December 20, 2009

Senyum Dan Ceriakan Diri Anda

Lemparkan Senyuman: Malaysia Sasar Kedudukan 10 Terbaik, Kata Murugiah
IPOH, 18 Dis (Bernama) -- Kerajaan menyasarkan kedudukan 10 negara terbaik dalam kajian oleh sebuah badan bebas terhadap rakyat yang sentiasa melemparkan senyuman kepada orang ramai bagi tahun 2010, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T. Murugiah.

Beliau berkata beberapa kempen yang dibuat sebelum ini berjaya meletakkan negara di tangga ke-26 pada tahun ini tetapi ketinggalan jauh dari negara jiran, Indonesia yang kini di tangga pertama.

Ulasan :
Pepatah ada mengatakan kurangkan manis dalam minuman tambahkan manis dalam senyuman. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

Berilah senyuman. Senyuman yg ihklas menggambarkan budi bahasa seseorang itu. Org yang senyum mudah mendapat kawan dan awet muda. Wajah mereka yang ceria, sering tersenyum dan ketawa tentu sekali kelihatan berseri-seri dan tidak keterlaluan jika dikatakan nampak muda dari usianya yang sebenar.



“Ukirlah senyuman yang paling manis kerana selain sedekah, senyuman itu ibarat lukisan rahsia hati…Senyuman itu tidak menyakitkan tapi menjadi penawar hati yang sakit..”


" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".
Jangan lupa untuk senyum.... Semasa bekerja, belajar, SENYUMlah, kerana ia akan menggembirakan dan menceriakan hidup kita....!!!!



No comments:

Post a Comment