ISU SEMASA

Saturday, February 27, 2010

CUACA PANAS HINGGA AWAL APRIL

PANAS!!!PANAS!!!MEMBAHANG......

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan cuaca panas dan kering yang melanda negara akan berterusan sehingga awal April ini. Fenomena El-Nino yang terjadi di tengah Lautan Pasifik sejak Jun tahun lalu, dijangka berterusan sehingga April ini dan diramalkan beralih kepada keadaan normal mulai Mei ini. Dalam kenyataan kepada media semalam, Jabatan Meteorologi menyebut, Malaysia kini berada dalam fasa akhir Monsun Timur Laut, yang mana cuaca lebih panas dan kering berbanding Disember dan Januari.

Tambahan lagi, kedudukan matahari secara relatif hampir tegak di kawasan Khatulistiwa pada pertengahan Februari hingga pertengahan April adalah antara punca kejadian cuaca panas. Ia bertambah buruk dengan fenomena El Nino sederhana menyebabkan kekurangan hujan di Malaysia. Antara kawasan kekurangan hujan adalah Perlis, Kedah, Pulau Langkawi, Kelantan, Terengganu, Pahang, pedalaman Negeri Sembilan, Johor serta Sabah dan Bintulu.
sumber ; berita harian
Keluhan dan rungutan di mana-mana saja. Panas...memangpun cuaca kebelakangan ini terasa sangat panas bahangnya. Memang cuaca sekarang tidak menentu, panas membara tetiba hujan ditengah hari...Adakah ini kesan dari pemanasan global dan akibat tindakan manusia menerokai hutan tanpa terkawal?? Pemusnahan hutan untuk tujuan pembangunan dan perladangan mengurangkan keluasan hutan yang berfungsi sebagai tempat tadahan air, penapis udara dan pembekal oksigen. Kesannya, pemanasan global, banjir besar dan banyak lagi bencana alam lain berlaku kebelakangan ini. Gempa bumi, Tsunami juga makin kerap berlaku menunjukkan bumi kita ini sudah semakin tua.
Mungkin Tuhan memberi kita amaran awal supaya kita menjaga bumi ini dengan balik sebelum terlambat. Saya teringat filem 2012...diramalkan menjelang tahun tersebut akan berlaku satu bencana alam yg besar. So, friends....Together We Save our Earth before it to late. The power is your!!!

No comments:

Post a Comment