Saturday, December 10, 2011
MERRY CHRISTMAS AND HAPPY NEW YEAR 2012
Thursday, December 1, 2011
Sunday, November 27, 2011
Lawatan Ke Empangan Batang Ai..Lubuk Antu
27/11/2011 - Staf SMK Tebakang telah mengadakan hari keluarga dan lawatan ke Empangan Batang Ai, Lubuk antu. Tujuan adalah untuk mengeratkan antara warga staf sokongan dan PTS SMK Tebakang. Menggunakan 2 buah bas sekolah yang disewa khas...seramai lebih kurang 90 org telah bertolak pukul 6.30 a.m dr smk tebakang dan singgah sebentar untuk minum pagi di pekan Lachau. Sempat beli salai ikan lajung dan beli buah-buahan tempatan...paling byk buah durian.
Perjalanan seterusnya ke pasar lubuk antu. Kami sampai lebih kurang pukul 11.30 am. Singgah sebentar untuk membeli makanan untuk makan tengahari dan membeli barangan kraf.
Pasar di lubuk antu.....penduduk tempatan menjual pekasam ikan jelawat, salai ikan tilapia dan ikan kaloi. Kasam ikan jelawat lebih kurang macam ikan terubuk masin
Pasar kraf menjual pakaian tradisional orang iban. Harga berpatutan dan agak murah berbanding dengan tempat lain. Boleh tawar menawar. Kami datang agak lewat dan kebanyakkan gerai telah tutup dan perniaga sudah kehabisan brg jualan.
Empangan Batang Ai
Selepas 1 jam berada di lubuk antu, barulah kami bertolak ke Empangan Hidro Batang Ai yang terletak kira-kira 3 km saja jauhnya dari lubuk antu.
Info ringkas tentang Empangan Batang Ai adalah sebuah empangan hidro elektrik merentasi Sungai Ai, Sarawak (Batang Ai dalam loghat Sarawak). Empangan ini terletak 150 km ke tenggara bandaraya Kuching dan terletak di daerah Engkelilli, bahagian Sri Aman. Stesen janakuasa ini adalah stesen hidroelektrik, dengan 4 turbin dengan keupayaan 25 MW sebuah berjumlah 100 MW kesemuanya. Stesen ini dikendalikan oleh Sarawak Energy (Sesco) Berhad. Sejarah pembinaan dimulakan pada tahun 1982. Apabila kerja alih sungai dimulakan dan disiapkan pada tahun 1984 apabila turbin terakhir siap dipasang. Operasi dimulakan pada tahun 1985.
Pemandangan di sekitar tasik empangan buatan manusia yang menyegarkan dan luas mata memandang
Tempat rehat yang luas untuk aktiviti pelawat yang singgah untuk menikmati keindahan sekitar.
Perahu panjang yang merupakan pengangkutan utama untuk penduduk rumah panjang yang terletak di kawasan empangan batang ai.
Bandar Sri Aman
Pemandangan sekitar bandar Sri Aman yang sempat dirakam sebelum hujan turun dengan lebat dan kami meneruskan semula perjalanan balik ke Serian 5.30 pm
8.30pm - Sampai ke stesyen/destinasi bermula dan kembali ke rumah masing-masing. Letih tapi menyeronokkan.
Thursday, November 24, 2011
Musim Buah
Hujung tahun.....November dan Disember......2011....musim cuti sekolah dan musim untuk pergi melancong. Istimewa hujung tahun ini adalah awal bulan Disember...musim buah-buahan....sekarang buah durian dah mula jatuh dan buah lain sudah mula masak........Yang nak merasa buah-buahan tempatan....datanglah berkunjung ke sarawak.
Buah belimbing.................
Nie ..buah belimbing....kopek kulit isi di dalam boleh dimakan.
Hahaa..hahaha...ini buah kelapa sawit....berbuah sepanjang tahun...nie buah emas.....berharga.....boleh jadi minyak masak, minyak bahan api.........dan buat pelbagai barangan dan produk...........Nie pun boleh dimakan.
SMK Tebakang....Aktiviti sepanjang tahun 2011
Tuesday, September 13, 2011
Hari Malaysia 16 September 2011
Saturday, September 10, 2011
Pasaria PIBG dan Tarianthon SMK Tebakang 2011
HARI PIBG SMK TEBAKANG dan Tarianton 2011
Orang ramai, Semua bekas guru,kakitangan serta pelajar yang pernah berkhidmat @ menuntut di SMK Tebakang. Anda adalah dijemput hadir bagi aturcara :
HARI PIBG SMK TEBAKANG
Tarikh : 24 .September.2011 ( Sabtu )
Masa : 8.00 hingga 4.30 petang
Tempat : Gelanggang Bola Tampar SMK Tebakang.
Aktiviti : Tarianthon,Gerai Makanan Dan Minuman, Gerai Pertanian serta
Pentas Hiburan .
Cabutan Tiket Bertuah : Hadiah ( Motosikal, Set Home Teater, Set
meja makan, freezer, vacuum cleaner serta hamper ) Tiket bertuah
boleh dibeli di Tapak Pasaria pada harga RM 1.00 sekeping.
* Sesiapa yang berminat untuk menempah gerai ( Satu Tapak Gerai : RM 50.00 ) boleh menghubungi : Encik Nyipa ( 0148816822)
" Semua sumbangan adalah bertujuan untuk mengisi Dana PIBG Sekolah "
Berilah sokongan anda kepada sekolah: " SATU DANA, SATU SUARA "
Saturday, September 3, 2011
Durian Oh Durian.....
Musim durian sudah dtg...wah...kat mana-mana skrg kita melihat org akan menjual durian....tapi harga masih boleh tahan lg mahal......masih jual pakai biji...kalau dah byk nanti pakai borong...dan harga akan turun dgn byk...
Kelebihan dan manafaat makan durian.....
KEBAIKAN BUAH DURIAN
sumber :
So, makanlah buah durian banyak-banyak....tapi saya masalah durian nie bau dia kuat sangat...kalau simpan kat bonet kereta bau dia melekat...jadi utk menghilangkan bau durian ini dari kereta...senang jer...ambil daun pandan dan simpan dlm kereta...gerenti..bau akan hilang....selamat mencuba.!!!
Thursday, September 1, 2011
Pasaraya Giant
Luas, banyak pilihan barang dan harga yang berpatutan... tapi kesesakan lalulintas berlaku dengan teruk setiap kali shopping mall di buka...dulu jalan batu 3 sesak teruk apabila Boulevard dibuka......sekarang.....area stutong menjadi sesak apabila Giant Tabuan Jaya dibuka..........Tak dapat saya gambarkan bagaimana keadaannya jika Giant Padawan (Batu10) dibuka....huhuhu.....kalau sekarang dah sesak terutamanya selepas balik kerja 5pm...ditambah lg dengan pembukaan Giant Padawan...fuh...
Rasanya...pihal MPP Padawan, MBKS dan DBKU serta kerajaan negeri harus melalukan sesuatu untuk menambahkan lorong jalan raya serta jalan baru untuk menampung peningkatan bilangan kereta dengan penduduk.
Ngabang Raya!!!!
Raya datang lagi....tidak ketinggalan budaya kunjung-mengunjung (ngabang) ke rumah rakan, sahabat dan saudara mara. Budaya yang menjadi tradisi tidak kira perayaan Hari Raya Aidilfitri tetapi semua perayaan besar di Malaysia. Itulah kebaikan negara yang berbilang kaum. Diharap keamanan yang kita kecapi skrg dengan setiap kaum memahami budaya dan adat resam kaum yang berlainan dapat dikekalkan sehingga generasi akan datang.
Tuesday, August 30, 2011
Makanan Eksotik.......
Semasa saya bertugas pengurusan...saya diajak oleh rakan staf untuk mencuba menu yang telah jarang atau tidak pernah dirasa oleh generasi zaman sekarang iaitu bubur semut. Bila disebut semut...tentu kita semua rasa geli kerana kita tidak pernah disajikan dengan makanan tersebut. Selepas merasa sedikit....sedap juga.....
.Hahaa... selain itu, menu siput...wah...memang menyelerakan........feel lg tengah menyedut isi keluar....fuh...mcm bunyi musik jer kalau makan ramai-ramai............
Dan....ulat sagu....fuh nie lg sedap kalau digoreng atau dipanggang......sesap hingga menjilat jari....tapi buat yg tak biasa 2......tolak tepilah.........inilah makanan eksotik dulu dulu yg sekarang jarang kita makan....