Kuching Central...destinasi baru untuk mall tempat membeli belah dan pusat terminal bus yang serba moden.
Sunday, March 18, 2012
Kuching Central
Kuching Central...destinasi baru untuk mall tempat membeli belah dan pusat terminal bus yang serba moden.
Friday, March 16, 2012
ASAS PERKAHWINAN YANG BERKEKALAN
Asas Perkahwinan Yang Kekal
Saya tertarik dengan bahan yang saya baca ini dari majalah Health Today Nov 2011 dan ingin berkongsikan dengan semua asas yang mengekalkan perhubungan dalam perkahwinan yang kekal dan gembira selamanya. Mengikut kata Dr Loius McBurney, perkahwinan yang kekal dan gembira hanya akan berlaku dan dicapai jika usaha tersebut melibatkan kedua-dua pihak suami dan isteri.
Prinsip kalau diamalkan yang akan membentuk asas perhubungan perkahwinan yang kekal melibatkan EMPAT prinsip yang utama
a) Comitment/ Komitmen
Komitmen dalam kontek hubungan perkahwinan ini bermaksud kita meletakkan
keperluan/keperhatinan/komitment anda pada pasangan anda lebih dari keperluan anda. Hasil kajian menunjukkan penunjuk terbaik perkahwinan yang baik adalah bagaimana pasangan tersebut dapat merasa keperluan/ kehendak masing-masing telah dipenuhi. Komitmen bila sudah berkeluarga perlu diutamakan dahulu selepas komitmen individu kita yang menuntuk kepada hak, kebebasan diri.
b) Communication / Komunikasi
Komunikasi kita boleh umpamakan seperti darah dalam badan kita. Jika darah tersebut dikeluarkan, badan akan mati. Jika tiada komunikasi perhubungan berkesan dalam akan gagal. Komunikasi dalam perhubungan perkahwinan suami isteri ini bukan bermaksud bertukar maklumat tetapi pengkongsian perasaan, saat pahit, manis bersama. Komunikasi antara suami isteri perlu untuk menyelesaikan salah faham, berbincang dengan baik jika wujud konflik yang wujud untuk kepentingann bersama.
c) Patience / Kesabaran
Perkahwinan yang bahagia mengambil masa yang panjang untuk dicapai. Ia memerlukan kesabaran untuk dicapai kerana pada peringkat ini kita akan belajar untuk memahami antara satu sama lain. Pasangan perlu belajar untuk bersabar dengan karenah pasangan, belajar bersabar, bertolak ansur untuk berkongsi hak peribadi masing-masing.
d) Strong believe / Kepercayan kuat
Pasangan yang mempunyai kepercayaan keagamaan yang kuat akan mempunyai hubungan perkahwinan yang kekal berbanding dengan mereka yang tidak. Ini kerana nilai keagamaan ini mengajar pasangan tersebut tentang pengkongsian nilai moral dan murni yang perlu ada antara pasangan suami isteri. Asas ini menjadi panduan kuat untuk mengekalkan perhubungan hidup berumah tangga yang penuh dengan cabaran dan dugaan.
Thursday, March 15, 2012
Kejohanan Bola Tampar MSSM Peringkat Kebangsaan 2012
Tahun ini Sarawak menjadi tuan rumah untuk Kejohanan Bola Tampar MSSM 2012. Saya telah terlibat secara tidak langsung dalam membantu sebagai urusetia di Stadium Tertutup Samarahan melibat pertandingan pasukan lelaki 18 TKB. Jadi sempena musim cuti sekolah, ibu bapa bolehlah membawa anak-anak datang untuk menyaksikan pertandingan ini. Berikut keputusan perlawanan Lelaki 18TKB pada peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir. Orang ramai dijemput datang juga. Perlawanan separuh akhir dan akhir beserta majlis penutupan akan di adakan di Stadium tertutup MBKS, Kuching.
Keputusan Pertandingan Lelaki 18 Tahun ke bawah
Keputusan Peringkat Suku akhir ( 15/3/2012 - Khamis) - Stadi
um Tertutup Samarahan
Sarawak Lwn Kelantan : 4 : 1
Sabah Lwn Pahang : 3 : 0
Johor Lwn Melaka : 3 : 0
Selangor Lwn Perak : 3 : 0
Perlawanan Suku akhir Sarawak Lwn Kelantan . Sarawak menang.
Peringkat Separuh Akhir ( 16/3/2012 - Jumaat) - Stadium Tertutp MBKS
Sarawak Lwn Johor : Pemenang Sarawak
Sabah Lwn Selangor : Pemenang Selangor
Peringkat Akhir (17/3/2012 - Sabtu) - Stadium Tertutup MBKS, Kuching Sarawak
Penentuan Tempat 3/4 - Johor Lwn Sabah
Penentuan Johan - Sarawak Lwn Selangor
Keputusan Keseluruhan
L18 TBK Johan : SELANGOR
Naib Johan : SARAWAK
Ke-3 : JOHOR
Ke-4 : SABAH
P18 TBK Johan :
Naib Johan :
Ke-3 :
Ke-4 :
L12 TBK Johan :
Naib Johan :
Ke-3 :
Ke-4 :
P12 TBK Johan :
Naib Johan :
Ke-3 :
Ke-4 :
Wednesday, March 14, 2012
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut(HFMD)
PERINGATAN UNTUK IBUBAPA DAN PENJAGA
Apakah penyakit tangan kaki dan mulut (HFMD)?
- penyakit disebabkan oleh virus yang biasanya menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 10 tahun
- Jangkitan ini disebabkan tidak mengamalkan kebersihan diri yang baik dan berada di tempat atau persekitaran yang sesak
- penyakit dijangkiti melalui kontek secara langsung dengan titisan bersin dan batuk pesakit atau melalui air liur dan lelehan dari hidung dan cecair lepuh pesakit. Jangkitan juga boleh berlaku melalui makanan/minuman yang tercemar oleh najis pesakit
- kebanyakan kes penyakit ini tidak serius. Namun begitu terdapat juga kes-kes teruk yang melibatkan sistem saraf dan jantung
- setiap ahli keluarga dinasihatkan untuk mengamalkan kebersihan diri untuk mencagah jangkitan
Tanda dan gejala
- Ruam dengan lepuh di tapak tangan, kaki dan kawasan lampin pesakit
- Ulser di tekak dan mulut
- Demam, sakit kepala dan hilang selera makan
Langkah-langkah pencegahan sebaran penyakit
- cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan, selepas ke tandas, selepas menukar lampin anak dan selepas mencuci najis anak
- tutp mulut dan hidung dengan tisu apabila bersin atau batuk
- jangan berkongsi barang-barang peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, cadar, cawan, sudu dan garfu
- mandi dan tukar pakaian selepas pulang dari kerja sebelum memegang atau bermesra dengan bayi atau anak kecil
- cuci alat mainan, permukaan meja, kerusi, lantai yang dicemari air liur anak
- elakkan membawa anak kecil ke tempat awam seperti taman permainan, pusat membeli-belah, pawagam, kolam renang, pasar dan stesyen bas
Sekiranya anak anda mempunyai tanda-tanda dan gejala penyakit
- bawa segera anak ke klinik atau hospital yang berhampiran dan patuhi nasihat yang diberi
- jangan hantar anak anda yang sakit ke tadika, taska, rumah pengasuh atau ke sekolah sehingga sembuh
- semasa di rumah, asingkan anak yang sakit dan peralatannya dari kanak-kanak yang lain
- amalkan kebersihan diri. Basuh tangan dengan sabun dan air bersih sebelum dan selepas memegang atau menyentuh anak. Lap lelehan dari mulut dan hidung menggunakan tisu
- cuci semua peralatan, permianan, permukaan meja, kerusi dan lanatai yang dicemari air liur atay lelehan hidung pesakit dengan campuran disinfektan untuk mebasmi kuman ( contoh : campuran 1 bahagian clorox dengan 9 bahagian air)
sumber : Pejabat kesihatan bahagian kuching
Subscribe to:
Posts (Atom)