PERINGATAN UNTUK IBUBAPA DAN PENJAGA
Apakah penyakit tangan kaki dan mulut (HFMD)?
- penyakit disebabkan oleh virus yang biasanya menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 10 tahun
- Jangkitan ini disebabkan tidak mengamalkan kebersihan diri yang baik dan berada di tempat atau persekitaran yang sesak
- penyakit dijangkiti melalui kontek secara langsung dengan titisan bersin dan batuk pesakit atau melalui air liur dan lelehan dari hidung dan cecair lepuh pesakit. Jangkitan juga boleh berlaku melalui makanan/minuman yang tercemar oleh najis pesakit
- kebanyakan kes penyakit ini tidak serius. Namun begitu terdapat juga kes-kes teruk yang melibatkan sistem saraf dan jantung
- setiap ahli keluarga dinasihatkan untuk mengamalkan kebersihan diri untuk mencagah jangkitan
Tanda dan gejala
- Ruam dengan lepuh di tapak tangan, kaki dan kawasan lampin pesakit
- Ulser di tekak dan mulut
- Demam, sakit kepala dan hilang selera makan
Langkah-langkah pencegahan sebaran penyakit
- cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan, selepas ke tandas, selepas menukar lampin anak dan selepas mencuci najis anak
- tutp mulut dan hidung dengan tisu apabila bersin atau batuk
- jangan berkongsi barang-barang peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, cadar, cawan, sudu dan garfu
- mandi dan tukar pakaian selepas pulang dari kerja sebelum memegang atau bermesra dengan bayi atau anak kecil
- cuci alat mainan, permukaan meja, kerusi, lantai yang dicemari air liur anak
- elakkan membawa anak kecil ke tempat awam seperti taman permainan, pusat membeli-belah, pawagam, kolam renang, pasar dan stesyen bas
Sekiranya anak anda mempunyai tanda-tanda dan gejala penyakit
- bawa segera anak ke klinik atau hospital yang berhampiran dan patuhi nasihat yang diberi
- jangan hantar anak anda yang sakit ke tadika, taska, rumah pengasuh atau ke sekolah sehingga sembuh
- semasa di rumah, asingkan anak yang sakit dan peralatannya dari kanak-kanak yang lain
- amalkan kebersihan diri. Basuh tangan dengan sabun dan air bersih sebelum dan selepas memegang atau menyentuh anak. Lap lelehan dari mulut dan hidung menggunakan tisu
- cuci semua peralatan, permianan, permukaan meja, kerusi dan lanatai yang dicemari air liur atay lelehan hidung pesakit dengan campuran disinfektan untuk mebasmi kuman ( contoh : campuran 1 bahagian clorox dengan 9 bahagian air)
sumber : Pejabat kesihatan bahagian kuching
No comments:
Post a Comment