ISU SEMASA

Saturday, November 17, 2012

Pameran "Depart in style : Ritual and custom of death" Muzium Sarawak.



Pada 16 November 2012, saya berkesempatan untuk melihat Pameran di Muzium Tun Abdul Razak, Kuching Sarawak berkenaan dengan Ritual dan adat istiadat  orang mati untuk pelbagai komuniti di Sarawak. Pameran ini memberi info tentang bagaimana istiadat dan proses pengkebumian orang mati dijalankan . Gambar dan model disediakan untuk menunjukkan gambaran lebih jelas tentang ritual yang dijalankan. Antara ritual dan adat kaum yang dipamerkan adalah Melayu, Cina, Orang Ulu, Bidayuh, India (Hindu). Sempat juga ambil berapa gambar untuk dimuatkan dalam blog ini.




Ritual dan adat Orang India yang beragama Hindu.

Kayu yang  disusun digunakan untuk pembakaran mayat 

Pengurusan mayat orang oleh orangn Bidayuh. Mayat dibalut dengan tikar rotan.

Info dan maklumat pengurusan orang mati oleh orang Bidayuh

Pengurusan jasad orang Melayu


Pengurusan Mayat orang Cina

Pengurusan mayat orang Ulu

Pengurusan mayat orang Ulu.


Pameran sampai Februari 2013.

Friday, November 2, 2012

Pachor HotSpring



Panchor hotspring (Airpanas Panchor)
Semasa dalam perjalanan ke Kuching dari Serian, saya telah menyimpang masuk ke Kpg Panchor Dayak ke Panchor Hotspring. Lokasi terletak 48km dari Kuching, menyediakan kolam air panas semulajadi untuk mandi manda.  Perjalanan mengambil masa 10 minit melalui Jalan Tar  Kuching Serian lama dan melintasi Kpg Panchor Dayak sebelum anda jumpa simpang ke sebelah kiri menunjukkan papan tanda menuju ke tapak HotSpring.  Mula dari simpang ini, kita melalui jalan berbatu lebih kurang 3 minit sebelum menunjukkan simpang masuk ke Panchor Hotspring. Tiket bayaran masuk adalah RM3.00


Kemudahan kantin dan pemandangan di Air Panas Panchor


Pondok yang menerima kunjungan pelawat dan tiket masuk

Simpang menuju ke Hotspring selepas melalui Jalan berbatu lebih kurang 3 minit dari Jalan Lama Kuching Serian.

Kerja naik taraf menggunakan peruntukan Kementerian Pelancongan yang meningkatkan kemudahan untuk menampung kunjungan pelawat yang semakin meningkat. Kerja naik taraf telah siap pada bulan September 2012 dan dirasmikan oleh YB Dato Dr. James Dawos.


Papan tanda menunjukkan arah menuju Panchor Hotspring dari Jalan Lama Kuching Serian

Kali ini, tujuan saya hanya meninjau lokasi letaknya Hotspring ini. Untuk masa akan datang. Saya akan datang semula dan merasa sendiri kehangatan air panas semulajadi di sini.