ISU SEMASA

Friday, November 2, 2012

Pachor HotSpring



Panchor hotspring (Airpanas Panchor)
Semasa dalam perjalanan ke Kuching dari Serian, saya telah menyimpang masuk ke Kpg Panchor Dayak ke Panchor Hotspring. Lokasi terletak 48km dari Kuching, menyediakan kolam air panas semulajadi untuk mandi manda.  Perjalanan mengambil masa 10 minit melalui Jalan Tar  Kuching Serian lama dan melintasi Kpg Panchor Dayak sebelum anda jumpa simpang ke sebelah kiri menunjukkan papan tanda menuju ke tapak HotSpring.  Mula dari simpang ini, kita melalui jalan berbatu lebih kurang 3 minit sebelum menunjukkan simpang masuk ke Panchor Hotspring. Tiket bayaran masuk adalah RM3.00


Kemudahan kantin dan pemandangan di Air Panas Panchor


Pondok yang menerima kunjungan pelawat dan tiket masuk

Simpang menuju ke Hotspring selepas melalui Jalan berbatu lebih kurang 3 minit dari Jalan Lama Kuching Serian.

Kerja naik taraf menggunakan peruntukan Kementerian Pelancongan yang meningkatkan kemudahan untuk menampung kunjungan pelawat yang semakin meningkat. Kerja naik taraf telah siap pada bulan September 2012 dan dirasmikan oleh YB Dato Dr. James Dawos.


Papan tanda menunjukkan arah menuju Panchor Hotspring dari Jalan Lama Kuching Serian

Kali ini, tujuan saya hanya meninjau lokasi letaknya Hotspring ini. Untuk masa akan datang. Saya akan datang semula dan merasa sendiri kehangatan air panas semulajadi di sini.

No comments:

Post a Comment