ISU SEMASA

Saturday, August 17, 2013

Jong Crocodile Farm and Zoo

16/8/2013(Jumaat) -  Destinasi seterusnya untuk hari ini adalah mengunjungi Jong Crocodile Farm. Terletak di Siburan iaitu batu 17 Jalan Kuching-Serian. Cuaca mendung dan tidak panas pada petang apabila kami sampai pada pukul 2.30 petang. Masa yang sesuai kerana pada pukul 3.00 ptg akan ada pertunjukkan memberi buaya makan. Tiket masuk adalah  RM10.00 untuk orang dewasa dan RM5.00 untuk kanak-kanak.


Selain daripada buaya, terdapat juga binatang lain yang terdapat di sini seperti burung merak, biawak, rusa, beruang, memerang, kura-kura, biawak, landak dan monyet dan ikan Araipaima.


Acara kemuncak adalah pertunjukkan memberi makan kepada buaya.  Daging akan diikat pada tali dan digantung atas air dan buaya-buaya ini akan melompat menangkap makanan yang disediakan.

Friday, August 16, 2013

Matang Family Park

15/8/2013(Khamis), Matang -  Cuti sekolah sekali lagi digunakan untuk membawa keluarga bersantai. Destinasi seterusnya kali ini adalah ke Matang Family Park yang terletak di Matang. Sungguh menyegarkan bila mandi manda di sini. Sedikit info tentang tempat rekreasi ini bagi mereka yang belum pernah dan bercadang ke tempat ini.




Matang Family Park terletak di kaki gunung serapi kira-kira 22km sebelah barat bandaraya Kuching. Meliputi kawasan seluas 7 ekar ia menyediakan tempat untuk aktiviti keluarga seperti picnic, mandi manda dan BBQ.  Air yang sejuk sangat menyegarkan untuk aktiviti mandi manda. Kemudahan tempat BBQ,  Tandas dan tempat bertukar pakaian,  Ruang yang luas untuk berkumpul (gathering). Tiket masuk adalah RM3.00 untuk orang dewasa dan RM1.00 untuk kanak-kanak atas umur 6 tahun. 
  




Hanya satu aspek yang perlu perhatian adalah dari segi penyelenggaran kawasan ini nampaknya kurang dititikberatkan kerana nampak tidak dijaga dengan sempurna.

Wednesday, August 14, 2013

Semenggoh wildlife centre



Pada 13/8/2013(Rabu) - Saya dan keluarga berkunjung ke Pusat Hidupan Liar Semenggok(Semenggok Wildlife Centre) yang terletak di Kota Padawan lebih kurang 12 batu di sebelah tenggara Kuching adalah tempat Pusat Pemuliharan Hidupan Liar untuk Orang Utan. Dengan bayaran masuk RM5.00 orang orang dewasa dan  percuma untuk kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Masa yang sesuai untuk melihat orang hutan di sini adalah pada pukul 9 am dan 3 pm setiap hari kerana pada masa ini mereka akan di beri makan oleh Ranger Taman. Selain dari itu anda boleh juga melihat keindahan hutan dan mempelajari tentang spesies tumbuhan yang terlindung. Berikut kenangan yang dirakam sepanjng kunjungan tersebut.


Orang Utan yang sempat dirakam semasa diberi makanan oleh warden hutan. Kelihatan seekor orang-tan dengan anak yang yang kecil.

Bergambar kenangan di sekitar Pusat Perlindungan

Keindahan hutan hujan Tropika.

Pemandangan sekitar pusat hidupan liar semenggok

Tuesday, August 6, 2013

Program 10,000 Langkah Berjalan Kaki SMK Tebakang 2013


Pd  31 Julai 2013, SMK Tebakang telah berjaya menjalankan program berjalan kaki 10,000 Langkah 1Murid1Sukan. Melibatkan semua murid Tingkatan 1 hingga 5, guru dan staf bermula pukul 8.00 hingga pukul 9.00am di sekitar kawasan sekolah meliputi jarak dan jauh 3 km. Program berjalan kaki 10,000 langkah tersebut dilepaskan oleh Tuan Pengetua, En Carter Ballang Kapong. 

Objektif utama program itu membentuk masyarakat Malaysia agar lebih prihatin tentang penjagaan kesihatan dari peringkat asas. Selain itu, menjadikan aktiviti berjalan kaki 10,000 langkah sehari sebagai budaya harian setiap individu di Malaysia dalam membangunkan masyarakat yang sihat.










Sambil berjalan, dapat juga melihat keindahan dan kehijauan sekitar kawasan sekolah.

Jom Pergi Fund Fair

Cuti sekolah dah mula. Jadi, biasanya anak-anak cukup gembira kerana boleh bercuti ke pantai ke, melancong kah atau pergi berkunjung ke Taman Hiburan. Baru-baru ini, saya sempat berkunjung ke Fund Fair kat Siburan. Setiap hujung minggu selalu ulang-alik dari Serian ke Kuching dan melihat fundfair ini tetapi tiada kesempatan untuk singgah. Jadi, cuti ini peluang sesuai untuk berhibur walaupun tidak sehebat Taman Tema contohnya Genting Highland tetapi memadailah untuk berhibur sesama keluarga tertutamanya anak-anak. Berikut beberapa gambar yang sempat ditangkap semasa kunjungan tersebut.
Mini Roller Coster. Haha...boleh tahan juga walaupun landasan dia pendek

Haunted house atau rumah hantu.



Dulang berpusing....macam rasa naik piring terbang jer rasanya...

Istana gelongsor. Untuk anak-anak seronok mereka. Bayar RM4 .00 ( 2 Token. 1 Token = RM2.00). Tapi Gelongsor 3 kali, penjaga dia kata sudah selesai.


UK Fundfair, Siburan bersebelahan dengan Eastern Mall

Tiket Masuk RM2.00. Kanak-kanak umur 3 tahun percuma.