16/8/2013(Jumaat) - Destinasi seterusnya untuk hari ini adalah mengunjungi Jong Crocodile Farm. Terletak di Siburan iaitu batu 17 Jalan Kuching-Serian. Cuaca mendung dan tidak panas pada petang apabila kami sampai pada pukul 2.30 petang. Masa yang sesuai kerana pada pukul 3.00 ptg akan ada pertunjukkan memberi buaya makan. Tiket masuk adalah RM10.00 untuk orang dewasa dan RM5.00 untuk kanak-kanak.
Selain daripada buaya, terdapat juga binatang lain yang terdapat di sini seperti burung merak, biawak, rusa, beruang, memerang, kura-kura, biawak, landak dan monyet dan ikan Araipaima.
Acara kemuncak adalah pertunjukkan memberi makan kepada buaya. Daging akan diikat pada tali dan digantung atas air dan buaya-buaya ini akan melompat menangkap makanan yang disediakan.
No comments:
Post a Comment