ISU SEMASA

Wednesday, December 2, 2009

SUKAN SOSEK MALINDO KE-XII

Pada tanggal 26 November 2009, Saya telah mengiringi pelajar untuk menyertai perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Indonesia di Pekan Entikong, Kalimantan. Pekan Entikong terletak hanya 5 km saja dari sempadan Tebedu. Acara ini adalah acara tahunan yang dianjurkan untuk mengeratkan ikatan persahabatan antara Indonesia dan Malaysia. Antara perlawanan persahabatan yang diadakan adalah Bola Tampar Lelaki dan Perempuan, Futsal Lelaki dan Perempuan, Badminton dan Tarik Tambang (Tarik tali). Malaysia menang dalam acara Futsal, Badminton tetapi kalah pada Bola Tampar.


Moto yang membawa pengertian yang sangat unik. 1Malaysia.................

Team Malaysia (Baju Kuning) melawan Team Indonesia (Baju Merah). Malaysia kalah 25-21, 28-27, 25-16 ( 3-0).

Bergambar kenangan Pasukan Malaysia (Berbaju kuning) dengan Pasukan Indonesia (Berbaju Merah) sebelum perlawanan bermula.


Bus unik di Pekan Entikong. Bergambar bersama para pemain.

Bergambar kenangan di Mercu Tanda Pekan Entikong Kecematan Kabupaten Sanggau (Entikong -Daerah Kecil(Kecamatan), Sanggau - Daerah(Kabupaten)

1 comment: